Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, February 15, 2013

Jangan seNtUh haTiku 14



14
“Siapa tadi tu?.”
Mug berisi teh hijau panas dibawa ke bibir. Perlahan-lahan dihirup sambil matanya ikut memandang ke luar.
Orang yang baru saja melintas itu dipandang. Spontan matanya beralih ke arah jam di tangan. Elle Studio hitam itu sudah menunjuk ke angka 9. Wah, sejam! Borakkan apa ya sampai sejam?
“Itu Cik Sharifah Aqila.”
“Oh…eh, tapi aku rasa macam ini pertama kali Encik Naufal terima tetamu perempuan macam tu masuk bilik dia kan?.” Selama apa yang dia perhati, campur dengan apa yang dia dengar daripada mulut Suraya, Encik Naufal bukan jenis sembarangan terima tetamu.
Lagi-lagi yang perempuan, datang seorang pula!
Memang sah Encik Naufal tak jemput masuk. Kalau jemput pun, dia akan ajak Suraya masuk sekali. Tapi dari tadi Suraya duduk seorang saja di mejanya.
“Cik Sharifah tu special kut?.” Tekanya lagi.
“Itukan tun…” Suraya laju mengetap bibir. Lupa!
Tun..? Farahin sudah terhenti memutar mug kosong dengan jari telunjuk. Macam boleh teka saja huruf apa yang patut dia letak selepas huruf N tu. Bibirnya mula mengulum senyum. Oh, senyap-senyap eh!
“Err, maksud aku itukan pasal tuntutan insuran dia.”
“Eh, bukan selama ni jangan kata pasal tuntutan insuran, agaknya kalau polis perempuan datang nak soal siasat dia pun, dia tak suruh masuk bilik dia ke? Takkan perempuan tu pula boleh?.”
Suraya melepas keluhan. Farahin dan sikap curiousitynya yang tinggi tak habis-habis. Dengan emak budak seorang ini, dia kena pandai mainkan watak. Kalau tidak, habis pecah rahsia Encik Naufal nanti.
Dulu kan Encik Naufal sudah minta dia supaya jangan bocorkan rahsia dia dah nak kahwin pada sesiapa.
“Dia orang nak discuss pasal benda yang sulit kut. Kalau tidak, mestilah Encik Naufal ajak aku masuk sekali. Kan?.” Ujarnya siap menayang muka yakin dengan jawapan sendiri.
Memanglah…Cik Sharifah Aqila dan Encik Naufal itu tengah berborak pasal perkahwinan mereka. Haruslah dia tak boleh campur tangan. Takkan dia nak menyelit juga di dalam sana. Ikut dengar semua yang mereka bincangkan.
Eh, tak sanggup!
“Tapi…”
“At least, pintu tak bertutup. Sesiapa pun boleh nampak apa yang dia orang buat dekat dalam tu.”
Farahin memuncungkan bibir memandang Suraya. Menyesal dia pertikaikan. Bercakap dengan Suraya, kalau isunya Encik Naufal, peguam paling hebat pun agaknya boleh mati kata.
Ada-ada saja ideanya nak menangkan Encik Naufal tu.
Mug yang sudah kosong dibawa ke sinki. Mujur sudah habis dia hirup air coklat panasnya sebelum bercakap dengan Suraya. Kalau tidak, boleh hilang selera dibuatnya.
“Eh, dah ke?.”
“Kau habiskanlah cepat-cepat minuman kau tu. Aku nak sambung kerja. Jangan lama-lama, nanti Encik Naufal kesayangan kau tu cari.” Perli Farahin dengan bibir dicebik. Suraya sudah terlepas ketawa kecilnya memandang Farahin.
Kau saja yang tak tahu, Fara….dia itu sudah jadi kesayangannya sejak peristiwa di masjid itu lagi.
“Suraya?.”
Suraya berpaling ke pintu sebelum kembali menoleh pada Farahin yang matanya sudah berkata , ‘see, he comes.’ itu.



“Encik nak minum?.”
Naufal geleng lambat. Dia tak bergerak pun dari pintu pantry. Dia masih berdiri di situ, dengan tangan menyeluk saku seluar.
Anak matanya memandang Suraya seketika. “Suraya, saya ada apa-apa appointment tak hari ni?.”
“Oh, setakat ni tak ada! Encik Naufal free sampai petang. Kenapa, encik?.”
Naufal terangguk-angguk. Badannya dibawa bersandar ke bingkai pintu. Letih rasanya tiba-tiba bila duduk di antara dua benda yang memaksanya untuk memilih. Dalam tak sedar, bibirnya sudah terlepas satu keluhan.
Dan keluhan itu sampai juga ke balik tudung Syria yang disarung Suraya. Cepat dia memandang tepat ke wajah Naufal.
“Encik okey?.”
“Saya okey. Ermm, saya nak keluar ni, Suraya. If there’s anything, or anyone comes, suruh datang semula. Saya dah tak masuk office lepas ni. Okey?.”
“Oh..okey, encik.” Bolehkah dia cakap tak okey? Macamlah Naufal hendak dengar cakapnya pun.
Satu senyuman Naufal lempar kepada Suraya. “Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Suraya terus memerhati lelaki itu bergerak keluar meninggalkan pejabat sebelum kepalanya tiba-tiba menggeleng. Astaghfirullah..patut dia tundukkan pandangan. Lagi-lagi pada lelaki yang dia ada hati. Ini tak…
Air teh hijau di dalam mug masih ada separuh. Sayang nak dibuang tapi dia tak mahu buang masa lama-lama duduk di pantry. Encik Naufal bayar gaji untuk dia bekerja, bukan jadi penunggu pantry.
Kerusi ditolak hingga ke bawah meja. Suraya atur langkahnya kembali ke meja dengan mug masih di tangan.
Sedang hendak dia meneruskan hirupan, Blackberry tiba-tiba bergetar. Ada mesej masuk.
Saya kena paksa buat fitting baju pengantin oleh ibu. :(
Untuk sesaat dua, Suraya masih terkebil-kebil merenung skrin Blackberry di tangan. Kepalanya sudah berpusing laju.
Keliru + tak faham + tertanya-tanya + hairan = kenapa dengan dia?



A.M.M.H

6 comments:

  1. knapa dgn naufal?
    suraya taknak cuba dekat ke?

    ReplyDelete
  2. Kenapa nak bgtau suraya? Sweetlah encik naufal

    ReplyDelete
  3. Tak bersemangat jer naufal nak kahwin err kena paksa ke atau hati dah terpaut pada yang lain cerciter

    ReplyDelete
  4. Ha,mesti pkahwinan yang diaturkan ni. Gaya mcm naufal suka kt suraya ja.. Ayokk

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts