Assalamualaikum.
SALAM 2015
Lama tak jenguk, tau. So sorry ....
Saja nak tau, ada lagi ke orang jenguk blog ni? Kalau ada, angkat tangan pleaseee???? Tulis emoticon je kat bawah.
Klik?
Maha Suci Allah
Kata saya...
MAAF. MAAF. MAAF.
1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.
Thursday, January 14, 2016
Wednesday, January 21, 2015
Friday, January 16, 2015
Third Baby With Love 2 ~ Coming soon
Beberapa meter sebelum sampai ke keretanya, dia
sudah terlihat dua orang wanita berdiri sambil bersandar di sebuah kereta.
Spontan senyuman puas muncul di bibirnya.
“Rasakan!.”
“Apa dia, Man?.”
“Oh…tak…tak ada apa, nek.”
Hajah Murni memandang kurang percaya pada cucu keduanya
itu. Dah gila ke cucunya seorang ini bercakap sendiri? “Saja ajelah tu tak nak
cerita dekat nenek. Ke mengata nenek? Man malas nak pergi ambil nenek?.”
“Hish, apa nenek ni kata macam tu? Kalau Man malas,
jangan harap Man nak datang. Nenek ni macam tak kenal cucu neneklah.” Bidasnya.
Sebenarnya memang dia malas pun. Dia sudah
bersiap-siap mahu keluar bersama Jasmine tadi bila mummynya muncul dengan arahan yang dia perlu ke KLIA menjemput
neneknya yang tiba-tiba saja mahu datang melawat mereka.
“Baguslah kalau ikhlas jemput nenek ni. Kereta Man
kat mana?.”
“Depan tu.”
“Masih guna Honda Accord ke?.”
“Tak. Kereta yang itu dah pass pada Imran. Man guna kereta baru sekarang.” Ini kereta
pertamanya yang dia beli dengan duitnya sendiri. Sempena keuntungan pertama
kliniknya. Sebab itu sayangnya lebih pada Nissan Skyline berbanding semasa dia
memakai Honda Accord pemberian daddynya.
Dia menekan punat kunci sebaik sahaja mereka
mendekati kereta. Matanya sempat singgah ke arah seseorang yang dia tahu sedang
merenungnya dengan rasa sakit hati. Senyuman sinisnya terukir di bibir.
Selesa saja Hajah Murni duduk di kerusi penumpang di
sisinya, dia lekas-lekas menekan pedal minyak. Sempat dia mengenyit mata ke
arah Sarah. Sengaja menambahkan api kemarahan dalam hati gadis itu. Baru dia
tahu sekarang langit tu tinggi ke rendah. Ada ke patut sesuka hati tempeleng
orang. Memang kenalah dengan dia.
“Pandang siapa tu?.” Hajah Murni ikut menoleh ke
arah luar.
“Orang gila, nek.”
“Oh…”
“Kat KL ni memang ramai orang gila. Merata tempat
pun ada.” Tambahnya cuba menahan diri daripada ketawa. Terbayang-bayang wajah
marah Sarah di fikirannya.
“Dah nasib dia orang macam itu. Sebab itu kita yang
normal ni kena hargai apa yang kita ada. Akal ni kena jaga. Jangan beri dia
makanan-makanan yang tak sihat. Sebab itu boleh jadi macam tu.”
“Hurmm…”
“Jangan pergi tuang minuman keras masuk mulut.
Jangan sentuh dadah. Jangan fikirkan benda-benda tak elok. Semua itu racun
kepada akal kita. Man takkan tak tahu, kerja doktor.”
“Hurmm..”
“Kalau buat research
pun, memang akan terbukti itulah antara punca utama kepada masalah penyakit
mental ni.”
Lukman senyap. Malas bereaksi.
Sarah meminta diri naik semula ke biliknya sebaik
sahaja membantu mengangkat dua buah beg pakaian emaknya masuk ke rumah tadi.
Puan Kalsom sudah dikerumuni anak-anak di bawah dan dia sudah cukup pening
untuk terus berada di kalangan mereka.
Lelaki itu…
Fikirannya melayang ke KLIA. Wajah yang menyakitkan
hati itu sudah terlekat kemas di dalam ruang simpanan memorinya.
Awas….kau tunggu balasannya nanti!
Sudahlah dia pening dan sakit hati yang amat kerana
hampir sejam mereka berdiri di bawah cahaya matahari yang makin menyengat
gara-gara keretanya dihalang Nissan Skyline lelaki tak guna tu. Alih-alih,
masuk saja ke dalam kereta, emaknya pula sambung membebel gara-gara dia
terlepas cakap.
Kalau bukan disebabkan kepalanya sudah terasa berat
mahu cepat-cepat dijatuhkan ke bantal empuknya, memang dia tak akan memandu
pulang tadi.
Hurmm…sabarlah, nanti-nanti kalau dia terserempak
lagi dengan lelaki itu, dia sudah tahu apa yang patut dia lakukan. Buat baik
dibalas baik, buat jahat, siap!!!
Tuesday, January 13, 2015
Third baby With Love 1
Assalamualaikum. Jemput baca. Akan menemui anda Februari ini insyaallah.
Dia memanjangkan leher meninjau ke seluruh kawasan
tempat letak kereta dengan penuh cemas. Dia sudah terlambat. Sepatutnya
setengah jam yang lalu lagi dia sudah menunggu di depan balai ketibaan tapi
setengah jam yang lalu, dia masih mengerekot di atas katil dengan mimpi
indahnya.
Kalau bukan kerana jerit pekik Echah, sumpah dia
takkan terbangun! Nampaknya untuk pertama kalinya dia jadi bersyukur Echah suka
menjerit.
Sebuah kerete Perodua Myvi berwarna hitam yang
menunjukkan gear undur benar-benar melegakannya. Secepat mungkin dia cuba
mengambil tempat. Gear 1 sudah dimasukkan. Sebaik sahaja si pemandu keluar, Sarah
pantas mengangkat tangan sambil mengukir senyuman tanda terima kasih.
Pemandu lelaki itu menekan hon dengan senyum mekar
di bibir. Sarah sudah bersedia mahu menekan pedal minyak untuk masuk ke ruangan
yang baru saja dikosongkan itu apabila sebuah Nissan Skyline yang datang dari
ceruk mana entah tiba-tiba meluru laju mendahuluinya.
“Hoi!!.” Jeritnya. Hon ditekan sekuat hati. Dia
tidak peduli pada mata-mata yang memandang.
Kurang ajar! Suka hati dia je nak merampas parkir
orang lain.
Sarah memboloskan diri keluar mengetuk cermin
tingkap kereta mewah yang sudah elok terparkir itu. Pakai kereta mahal, patut
perangai eloklah sikit. Ini tak. Perangai tak serupa manusia langsung.
“Nak apa?.” Seorang lelaki berkaca mata hitam di
dalamnya bertanya tanpa sedikit pun mengalihkan mata memandang Sarah.
“Amboi, buat-buat tak tahu pula ya. Sudahlah tak
beradab, pergi rampas parkir orang. Nak berlagak tak tahu pula.”
Lelaki itu sekadar angkat bahu membuatkan darahnya
terasa sudah memuncak naik ke urat kepala. Kalau saja dia ada kayu golf di
tangan saat ini, memang lelaki biadab ini akan merasa sesuatu. Kalau tak
pecahkan kepalanya ( tak beranilah sampai macam itu sekali ), pukul sedikit pun
dia puas hati. Biar sedar diri tu sikit.
“Awak jangan nak mengada-ngada. Keluar sekarang
atau..”
“Atau apa?.” Sekali ini, wajahnya ditenung lama. Sarah
mengetap bibir.
“Jangan ingat saya tak berani nak apa-apakan awak
ya. Ingat dengan pakai sunglasses
pagi-pagi ni, handsome sangat ke?.”
tujahnya. Jari telunjuknya sudah sampai ke kepala lelaki berkulit cerah itu. Alang-alang
orang dah biadab dengan kita…
“Nonsense.”
“Nonsense?.”
Jari telunjuknya dihalakan kepada dirinya sendiri. “If you think that’s nonsense, this is real.” Elok saja telapak
tangannya sudah mendarat ke pipi kanan lelaki itu, senyumannya terlukis lebar.
Pandangan marah bercampur terkejut lelaki itu
menambah lebar senyumannya malah kalau boleh, dia memang mahu ketawa. Baru tahu
bukan semua perempuan boleh dibuat main, ya bang!
“Hei, awak ni gila ke?.” cermin matanya
ditanggalkan. Matanya sudah mengecil memandang Sarah yang berpeluk tubuh
membalas renungannya. Kurang ajar punya perempuan!
Sarah sekadar mengangkat bahu, memulangkan paku buah
kerasnya. Sebelum dia berlalu, sempat juga dia mendengar sumpah-seranah lelaki
itu kepadanya dan dia cuma senyum sendiri.
“Nonsense!.”
Ejeknya puas.
“Kenapa lambat sangat, Sarah? Naik lenguh lutut mak
menunggu tau. Sarah pergi mana tadi?.”
Puan Kalsom membebel panjang sebaik sahaja dia
terlihat kelibat anak keduanya di celah kesesakan orang ramai tadi. Seperti
biasa, Sarah cuma tersengih datang mencapai troli pakaiannya.
“Jalan jam
tadi, mak. Tahu ajelah awal-awal pagi macam sekarang.” Dalihnya dengan sedikit
rasa bersalah. Memang betul pun jalan di Kuala Lumpur ini sentiasa saja sesak.
Normallah kalau orang datang lambat.
“Jam ke? Bukan
hari ni hari sabtu ke?.”
“Betullah, mak. Jalan memang sesak sangat tadi.
Hampir-hampir Sarah nak berhenti dekat stesen minyak tadi. Letih asyik tekan
brek.” Aduh, dari satu ke dua dosanya! Betullah orang cakap, sekali menipu,
kita akan terpaksa menipu untuk menutup pembohongan pertama.
Tapi dia lebih rela menipu daripada bersoal jawab
dengan emaknya soal si lelaki biadab yang mencuri parkir tadi. Mahunya
berjam-jam dia terpaksa menadah telinga mendengar ceramah tak berbayar Puan
Kalsom.
Ceramahnya kalau banyak dorongan positif, tak mengapalah.
Ini dia juga yang akan terkena habis-habisan walhal emaknya tak nampak pun
siapa sebenarnya yang bersalah.
“Err..marilah kita balik, mak. Mak kata tadi
letihkan.” Dia lekas mengalih tumpuan sebelum emaknya bertanya lebih lanjut kemudian
berjaya mengesan insiden yang berlaku itu tadi.
Puan Kalsom angguk saja. Dia sendiri sudah letih.
Sudahlah duduk di dalam kapal terbang tadi dia tidak dapat tidur, menunggu pula
anak bertuahnya yang hanya muncul selepas hampir sejam dia sampai.
Mereka jalan beriringan menuju ke kawasan meletak
kenderaan. Sarah menolak troli dan dia menjinjing beberapa bungkusan jeruk buah
yang dibelinya di Pulau Pinang. Jeruk buah kesukaan anak-anaknya, terutamanya
Syafiqah.
Malah untuk Syafiqah, dia sudah belikan tiga bungkus
jeruk mangga dan sebungkus buah pala. Esok-esok akan disuruhnya Sarah
membungkusnya dan terus dikirimkan ke United Kingdom. Tentu Syafiqah suka.
“Eh?.” Sarah tiba-tiba mematikan langkah. Matanya
lurus ke hadapan.
“Kenapa, Sarah?.”
Bibir nipis Sarah memuncung ke hadapan. Matanya
turut sama memandang ke arah ditunjukkan. Tetapi dia tidak terlihat apa-apa
yang pelik pun.
“Kenapa? Mak tak nampak apa-apa pun?.” Dahinya
berkerut memandang anaknya yang sudah mula mengetap bibir. Silih berganti
pandangannya ke arah Sarah dan ke hadapan tetapi sumpah, memang dia cuma nampak
pelbagai jenis kereta di situ. Entah apa yang peliknya pun dia tak tahu.
Belum pun soalannya terjawab, Sarah sudah berjalan
pantas meluru ke arah sebuah kereta mewah sebelum dia meloloskan diri mencelah
ke sisi. Dan…
“Dia block
kereta kita ke? Ya Allah, macam mana kita nak balik ni, Sarah?.” Puan Kalsom
turut mendekat. Kereta Proton Saga Sarah tidak akan dapat keluar kerana di
belakangnya sudah tersadai sebuah kereta mewah berkilat.
“Ini mesti kerja lelaki gila tu! Biadab tak
habis-habis.”
“Lelaki gila? Yang mana?.”
“Lelaki gila yang pergi curi parkir Sarah. Memang
nak kena lagi sekali dia ni.” Jawabnya lancar menahan marah dalam hati. Kalau
dia jumpa sekali lagi lelaki itu, siaplah dia. Bukan setakat pelempang yang
akan dia rasa.
“Kena lagi sekali? Yang tadi Sarah buat apa dekat
dia?.” Puan Kalsom sudah mencerlung pandangan.
“Sarah pergi lempang dia. Orang biadab macam tu,
kena beri pengajaran sikit.”
“Sarah pergi tampar dia?.”
Tanpa sedar, kepalanya laju mengangguk. Bersama riak
kepuasan di wajahnya. Memang dia puas dapat membalas ketidaksopanan lelaki itu.
Tapi nampaknya, satu tamparan saja belum cukup untuk ‘menyedarkan’nya.
Tuesday, July 1, 2014
Coming soon.........insyaallah
How i miss blogging time................berapa orang rasa nak tunggu 'coming soon' pemalas macam I ni ye? Ngeh..ngeh........rindu komen-komen korang, rindu nak tengok ada orang rindu n tak sabar nakkan entry baru....rindu nak gelak sendiri baca komen korang......please, tell me that you miss me too....hahaha. Sekian.
Wednesday, April 16, 2014
Hold On?
Atas beberapa sebab, e-novel Jangan Curi Hatiku akan dihentikan buat sementara waktu. Harap maaf kerana terlalu lama menunggu.
#Saya nak siapkan manuskripnya dan hantar kepada penerbit then insyaallah saya akan update sedikit demi sedikit selepas itu.
#Malas mengundang bencana idea diambil orang. Hakhak. Bajet penulis popular ko. Bukanlah, cuma saya serik. Pernah ada kes idea dicilok orang. Kuciwa, beb.
#Saya nak siapkan manuskripnya dan hantar kepada penerbit then insyaallah saya akan update sedikit demi sedikit selepas itu.
#Malas mengundang bencana idea diambil orang. Hakhak. Bajet penulis popular ko. Bukanlah, cuma saya serik. Pernah ada kes idea dicilok orang. Kuciwa, beb.
Friday, April 4, 2014
Jangan Curi Hatiku 11 & 12
11
“Bad busy ke hari ni?.”
Gigitannya pada
sandwich terhenti. “Macam busy tapi
kalau mama nak Bad buat apa-apa, I can
always be there for you.”
Mekar senyuman Datin
Asma. Cawan kosong di tengah meja segera dituang kopi panas lalu dihulur kepada
Badri dan Bazli. Badri anaknya yang baik walaupun selalu suka nak mempersoalkan
keputusannya. Anak sebaik Badri Afif tak patut dipermainkan dan diperbodohkan
macam apa yang Auni Zara lakukan.
“Good then. Mama nak minta Bad tolong hantar mama pergi satu tempat.
Mama ada urgent matter nak buat
sebelum balik Brussels.”
“Pergi mana?.”
“Adalah. Nanti mama call Bad before lunch.”
Sandwich kedua disuap
ke mulut. Sedap. Pandai Datin Asma nak memancing selera dia yang jarang-jarang
dapat hidayah nak masuk ke dapur buat sarapan ni. Lapar-lapar, restoran dekat
luar nun bertimbun. Pilih aje nak yang mana satu.
“Okey. Tapi kalau Bad
tak habis meeting lagi before lunch tu, I’ll pick you up after that. Bolehkan? Atau mama nak pergi dengan
Li?.” Soalnya sambil tangan sibuk mengesat tepi bibir dengan sehelai napkin.
Datin Asma segera
menggeleng. Matanya dikerling pada Bazli dengan isyarat menyuruh senyap. Urusan
dia kali ini, mesti dia buat dengan Badri.
“Li ada urusan lain
hari ni, long. Sorry eh.” Bazli yang
mula dapat menangkap isyarat mamanya cepat menyampuk.
“It’s okay, Bad. Mama tak adalah set
nak buat urusan tu awal sangat. After
lunch should be fine for me.”
Terangguk-angguk Badri.
Kopi di dalam cawan cuma habis separuh. Terpandang jam dinding tadi, baru dia
perasan dia dah lewat daripada rutin biasanya datang ke pejabat sebelum pukul
8.
Briefcase di atas
kerusi segera disangkutkan talinya ke bahu. “Okeylah, ma. Nanti Bad inform mama bila Bad dah free.”
Kalau dia tak silap,
Hanna ingatkan dia petang semalam yang hari ini dia ada meeting dengan wakil syarikat Perdana Jaya. Tak tahulah kalau
perbincangan tu nanti boleh selesai cepat. Takut ada isu berbangkit pula.
“Iyelah. Elok-elok drive tu.”
“Mama rasa kita patut
ke buat macam ni kat along, ma?.” Soal Bazli sebaik selesai dia mengemas dapur.
Datin Asma di atas sofa
melepas keluhan. “Ini yang terbaik untuk Bad. Perempuan macam tu, walau dia
merayu melutut depan mama pun, mama takkan terima dia lagi jadi menantu mama,
Li.”
Kalau dah perangai tak
semenggah macam tu, nak disimpan jadi isteri dan menantu buat apa?
“Along okey ke? Hati tu
mama juga nak dia kahwin dengan Auni. Sekarang nak suruh dia ceraikan perempuan
tu pula.” Badri tu manusia. Ada perasaan. Walaupun dia selalu ikut cakap Datin
Asma, tapi dalam hal ni, dia pun tak berani sebenarnya.
Bila Datin Asma
tiba-tiba ajak dia berbincang hal kahwin abangnya, dia ada juga buat sesi
soal-siasat sekejap tapi akhirnya dia setuju juga bila mamanya kata Auni Zara
tu anak guru mengajinya dulu.
Semua orang pun expect
Auni Zara tu baik budi bahasa. Tapi siapalah boleh jangka dia boleh lari
tinggalkan suami yang baru berapa jam menikahinya?
“Li kalau boleh, tak
naklah kusutkan fikiran along. Dia tengah stress
lagi tu.”
“Mama faham.”
“Dah tu?.”
Dari sibuk membelek
majalah, akhirnya dia alihkan seluruh fokus pada anak lelaki keduanya yang
duduk di sebelah. “Mama tahu, kalau mama dah balik Brussels nanti, Bad takkan
uruskan hal ni. Dia tak nak peduli apa-apa lagi dah. Tapi sampai bila? Apa-apa
dosa perempuan tu buat, Bad yang terpaksa tanggung selagi dia tak ceraikan.”
Cukuplah Auni Zara dah
malukan Badri. Tak payahlah Badri nak beratkan timbangan dosanya dengan menjadi
suami perempuan begitu. Dia tak rela.
“Kalau along
mengamuk?.”
“Insyaallah tak. Mama
akan cuba pujuk Bad elok-elok. Dan Li, I
need your support. Kita cuba buat yang terbaik untuk Bad. Mama dah cukup
bersalah sebab paksa dia kahwin dengan perempuan tu dulu.” Jadi kali ini, biar
apa pun yang terjadi, dia akan berusaha sampai rancangannya berjaya terlaksana.
12
Perjalanan dari ofis ke
rumah tadi lancar. Sebabnya semua orang dah selamat masuk kerja semula. Tapi
kali ini, dari rumah menuju ke destinasi rahsia Datin Asma, jalan sesak sangat.
Mujurlah dia pakai kereta automatik. Kalau pakai manual macam Ikmal, memang
naik lenguh kaki.
“Ada apa-apa ke hari
ni, Bad?.” Datin Asma yang tadi leka berbalas mesej dengan entah siapa, mula
sibuk menjenguk sekeliling.
“Tak tahulah, ma.
Accident kut.”
“Lah, iya ke?.”
Badri angkat bahu.
Selalunya macam itulah. Kalau dah jalan jammed tak sudah-sudah macam ni, mesti
ada kemalangan kat depan.
“Mama nak ke mana ni
sebenarnya?.” Soalnya.
Dari tadi mama dia ni
tak nak cakap ke mana destinasi nak dituju. Pula tu selamba duduk bersandar
merenung GPS. Kalaulah Datin Asma cakap saja ke mana nak pergi, senang dia nak
masuk jalan mana satu sebabnya GPS tu bukan boleh percaya sangat.
Habis semua jalan yang
jauh-jauh dia tunjuk. Padahal kalau pemandu yang dah expert, tahulah dia jalan
pintas nak ke mana-mana.
Soalan Badri dibalas
Datin Asma dengan wajah serius. “Okey, masuk kiri tu.”
“Then?.”
“Terus aje. Nanti mama
bagitahu mana nak masuk lagi. Just drive slowly.”
Respon Datin Asma
membuat Badri kembali fokus ke jalan raya. 15 minit memandu, mereka sudah mula
masuk ke Jalan Sultan Hishamuddin, dia kembali menoleh ke sebelah. “Nak masuk
mana, ma?.”
“Simpang depan. Lepas
tu masuk kiri.”
“Eh, ini macam nak ke…”
“Terus aje. Park kereta nanti, mama cerita.” Putusnya dengan
suara bernada memujuk. Dia boleh jangka reaksi Badri dan dia sudah sedia dengan
pendekatan paling berhikmah supaya Badri mendengar nasihatnya kali ini.
“Kita jumpa dengan
orang kat dalam. Minta pendapat macam mana, Bad.” Ujarnya sebaik saja berjaya
meloloskan diri ke dalam perut lif. “Lagipun mama buat semua ni untuk kebaikan
Bad sendiri. Sampai bila Bad nak tanggung dosa-dosa yang dia buat?.”
Perempuan macam Auni
Zara tu wajib diajar. Jangan sampai dia ingat keturunannya boleh dipermainkan
orang sesuka hati. Mana nak tanggung malu, mana nak tenangkan diri bila
saudara-mara sibuk bertanya macam-macam.
Sebab itu, kalau
ikutkan hati, malam itu juga dia nak ajak anak-anaknya pulang ke Brussels.
Kalau bukan sebab sayangkan Badri, memang tak sanggup dia nak menayang muka
duduk di Malaysia lagi.
“Bad malas nak fikirlah
benda-benda bodoh ni semua, ma. Yang susahnya nanti Bad seorang juga.”
Lengan Badri dielus
penuh sayang. Dia faham perasaan Badri. Tapi Badri mesti cepat-cepat bertindak.
“Biar susah sekarang, jangan susah kemudian hari, Bad.”
Satu keluhan terlepas
keluar dari bibirnya. Kalaulah semua tu boleh mengembalikan maruahnya, mungkin
rasa sakit hatinya terubat sedikit. Walaupun sikit sebanyak, namanya sudah
terpalit dengan ‘kekotoran’ yang dibawa oleh Auni.
“Bad takkan ceraikan
dia, ma.” Putusnya kasar. Rambut yang terjuntai menutup dahi disebak dengan
dada yang tiba-tiba rasa panas semacam.
“Bad?.”
Dalam menahan amarahnya
daripada meluap keluar, satu senyuman sinis diukir di bibir. Auni Zara, kau
memang akan dapat balasan untuk apa yang kau dah lakukan pada aku!
“Bad akan gantung dia
tak bertali. Ini balasan untuk dia, ma.”
“Astaghfirullah, Bad.
Kenapa cakap macam orang tak ada iman ni? Bad tahu tak gantung isteri tak
bertali tu berdosa? Aniaya namanya tu.” Badri ni. Buat semput dadanya saja
waktu-waktu begini.
Sengih sinis Badri
makin menjadi. Perkataan aniaya tu menarik sungguh bunyinya. “Macam dia aniaya
maruah Bad selama ni?.”
Thursday, March 20, 2014
Jangan Curi Hatiku 10
10
Pintu BMW M6 Gran Coupe
ditutup perlahan. Lama matanya singgah memandang rumah teres dua tingkat yang
sunyi-sepi sejak mula dia sampai tadi. Entah apalah yang Kak Habsah dan Puan
Aisya tengah buat agaknya.
Malam semalam waktu dia
datang dengan Ikmal, Puan Aisya berkurung dalam bilik. Makan malam pun tak nak.
Dah puas Kak Habsah memujuk, alih-alih Puan Aisya masuk ke bilik sendiri
kemudian tekan kunci.
“Assalamualaikum.”
Laungnya sedikit kuat di depan pintu. Manalah tahu Kak Habsah tengah tidur ke
apa.
Badri membawa tubuh
bersandar ke dinding. Salamnya dilaung lagi dan kali ini telinganya boleh
mendengar bunyi kunci ditarik dari dalam. Ingatkan tidur Kak Habsah ni.
“Waalaikumsalam. Encik
rupanya. Maaflah, Kak Habsah kat dapur tadi.” Ujar wanita berkurung kedah warna
biru tua itu dengan senyum serba-salah.
Tadi dia sibuk
bersihkan dapur yang bersepah sikit lepas dia memasak makan tengah hari. Puan
Aisya pula, tak tahulah, sengaja ke tidak, tertumpahkan kuah sup ayam semangkuk
ke lantai.
“Tak apa. Kak Habsah
dah makan?.”
Laju dia mengangguk.
Lepas solat asar tadi dia dah makan kuih karipap. “Dah, encik. Encik nak minum?
Kak Habsah ada buatkan karipap tadi.”
“Tak payahlah, kak. Mak
mana? Tidur lagi?.”
“Puan Aisya duduk
berkurung dalam biliklah macam semalam, encik. Kak Habsah nak suapkan makan
pun, Puan Aisya tak nak. Dia tak selera lagilah tu.”
“Iya?.”
Sekali lagi Kak Habsah
mengangguk. Dia cuma dapat info sikit aje daripada Badri tentang Puan Aisya.
Jadinya dia pun tak berhaklah nak buat apa-apa kesimpulan tentang mentua
majikannya tu.
Agaknya adalah masalah
Puan Aisya tu. Sampai dia jadi murung, membisu dan memberontak macam tu.
Mujurlah solatnya terjaga juga. Pasal itu, memang dia kagum dengan Puan Aisya.
Gigih saja dia ke bilik mandi nak berwudhu sendiri.
“Nasi ada lagi tak, Kak
Habsah? Bubur ke? Nak cuba suap maklah. Dah berapa hari tak makan ni.”
“Kak Habsah boleh
buatkan bubur baru. Sup ayam tengah hari tadi pun banyak lagi.”
“Okey juga tu. Tak apa,
Kak Habsah buat dulu. Saya nak solat. Nanti dah siap, saya nak suapkan mak.”
Risau pula karang melarat pula sakit Puan Aisya. Dia bukannya boleh datang ke
sini tiap-tiap hari.
Sibuk dekat ofis. Nak
berdepan dengan kemarahan Datin Asma lagi. Ini kalau mamanya dapat tahu dia ke
sini lagi, mahu berasap telinga mendengar Datin Asma membebel.
“Iyelah. Kak Habsah ke
dapur dulu.”
Badri sekadar angguk
kepala. Tubuhnya dibawa ke arah sofa tunggal di ruang tamu. Rasa lenguh di
seluruh tubuh cuba dikurangkan namun teringat dia belum solat asar lagi, dalam
malas dia paksa diri masuk ke bilik tetamu di sebelah bilik Puan Aisya.
Sejak doktor
mengesahkan Puan Aisya lumpuh separuh badan, terpaksalah dia putuskan saja Puan
Aisya duduk di bilik bawah.
Selesai menunaikan
tanggungjawabnya, Badri lekas menjenguk ke bilik sebelah. Nasib baiklah tak
berkunci biliknya kali ini. Kalau berkunci, payah juga dia nak kena geledah
satu rumah mencari kunci-kunci pendua.
“Mak.”
Dahi Puan Aisya dielus
lembut. Pelik, dalam bencinya dia pada Auni Zara, hatinya boleh jatuh kasih
dekat Puan Aisya. Entahlah, rasa kesiannya pada Puan Aisya makin membuak-buak
sejak dia disahkan lumpuh.
Kata Kak Habsah, pagi
dua hari lepas, ada dua orang datang ke mari. Katanya kakak Puan Aisya dan anak
saudaranya. Tapi tak pula mereka duduk lama. Tak sampai sejam kemudian, mereka
dah beredar.
“Mak? Bangun, mak.”
Panggilnya lagi.
Mata yang terpejam
rapat tadi nampak bergerak-gerak sebelum terbuka sedikit demi sedikit.
Terkebil-kebil Puan Aisya merenung Badri.
“Kak Habsah kata mak
tak makan lagi. Bad suapkan ya? Bad tak nak mak jatuh sakit pula. Mak makan
sikit eh?.”
Lama Puan Aisya
merenung Badri sebelum dia terasa pelupuk matanya mula basah sedikit. Allah,
kenapa Kau hantarkan anak sebaik dia padaku? Aku tak layak dapat anak seperti
Badri.
Tuesday, March 18, 2014
Jangan Curi Hatiku 9
Episod yang sekian lama tertangguh. Maaf, that's all I can say.
9
Malam yang hening.
Hujan turun tak berhenti-henti. Baru saja dia nak mengeluarkan Dunhill di dalam
kocek, bahunya tiba-tiba ditepuk.
“Lambat!.” Rungutnya
sebaik saja terpandang orang di belakang.
Ikmal sengih tak
bersalah. Selamba dia menarik kerusi kosong di hadapan Badri lalu melabuh
punggung di situ. “Sorry. Ada hal emergency sikit tadi.”
“Hal apa?.”
“Nina lah. Merajuk tak
habis-habis sebab aku salah belikan rempah kari.”
“Hah?.” Mahu tersedak
asap rokok Badri mendengar. Kelam-kabut dia mengalihkan rokok yang baru dibakar
ke ashtray. Cawan berisi teh tarik kurang manis yang masih berbaki diteguk
perlahan.
“Tak tahulah.
Sejak-sejak pregnant ni, Nina punya kuat merajuk, masyaallah. Boleh buat pening
kepala, sesak dada. Nasib baiklah wife sendiri.” Ini pun tadi Nina dah
membebel-bebel dekat rumah sampai kepalanya naik pening. Itu yang akhirnya
terpaksa juga dia minta diri nak keluar.
Memanglah dia faham
sangat orang perempuan kalau dah mengandung, memang macam-macam perangai pelik
muncul. Tapi iyelah, dia punya kesabaran macam tergugat juga kadang-kadang.
Tercebik Badri selesai
meneguk minumannya. “Dah ada wife tu, jaga elok-elok. Lagipun relakslah, dia
pregnant 9 bulan aje kut. Lepas tu Nina jadi normallah balik.”
Karang jadi macam nasib
dia, haru pulak.
“Eh, dah datang ni, kau
nak minum tak?,” soalnya bila terperasan Ikmal sekadar duduk menyandar di
kerusi.
“Malaslah. Tak selera.”
“Aih, takkan sebab kena
bebel dengan Nina kau jadi tak selera?.” Sempat dia mengusik. Tahu sangat Nina
dan Ikmal memang selalu macam ni tapi Alhamdulillah, panjang jodoh. Gaduhlah
macam mana pun, esok-esok dah okey balik.
“Tak adalah. Kita orang
dah dinner kat rumah tadi. Saja aku keluar nak kosongkan fikiran sekejap.”
“Kalau macam tu, jom
ikut aku pergi satu tempat.” Cepat Badri melambai pada seorang pelayan di
kaunter. Cakap pasal isteri, baru dia teringat. Sejak dia hantar Puan Aisya ke
rumahnya, dah masuk tiga hari dia tak datang melawat.
Kak Habsah pun senyaplah
tak hantar berita langsung.
“Nak pergi mana?.”
Not sepuluh dihulur
pada pelayan yang datang membawa bil. “Jenguk mak mentua aku kejap. Jomlah.”
“Honey, buat apa tu?.”
Ceria Farid menyapa. Sebelah tangannya terus mendarat ke bahu kecil Auni Zara.
“Nothing.”
“Sabar, okey. I tahu
you sedih.” Ujarnya cuba memujuk. Bahu Auni Zara kini digosok lembut berulang
kali.
Bukan dia tak perasan.
Sejak mula mereka berdua sampai ke mari, tak pernah dia nampak kekasihnya
seorang ni senyum ikhlas atau ceria. Mata Auni Zara tu nampak sayu sangat. Ini
sejak mula dia balik kerja, letak kunci, sangkut kot, tanggal stoking, Auni
Zara langsung tak bergerak dari tingkap.
Satu senyum kelat
terlakar di bibir. Keluhannya yang entah keberapa kali terlepas tanpa sengaja.
“I okey. Don’t worry.”
Farid menggeleng. “No, I know you aren’t okay. I pun tak tahu nak buat apa since benda ni kita dah bincang
sama-sama. You setuju dengan cadangan I
so I tak bolehlah nak tukar plan
secara tiba-tiba, kan?.”
“I tahu.”
Dia faham. Farid kerja dengan
orang. Bukan kerja kompeni sendiri yang boleh berhenti bila-bila masa. Walaupun
value Farid dekat kompeninya sekarang
sangat tinggi tapi iyelah, dekat dunia ni bukan ada Farid seorang aje yang
pakar dalam bidang sales.
“Good girl, darling. Dah, I
lapar ni. Can you cook something for us?
I tak pergi lunch pun tadi. Kerja banyak sangat.”
Lambat baru dia
mengangguk. Merenung muka lesu Farid buat dia rasa kesian pula. “Sure. You
pergi mandi dulu. Dah siap nanti I panggil.”
“Thanks, honey.” Lebar
senyumannya sebelum mengelus pipi mungil Auni Zara di sebelah.
“Hurmm..”
Langkah Farid, anak
lelaki tunggal Tan Sri Mahmud, menuju ke bilik tidurnya di sudut kanan dipandang. Entah kenapa, satu keluhan
terlepas. Berat.
P/S : Que sera sera...Whatever will be, will be.
Sunday, February 16, 2014
Jangan Curi Hatiku 8
8
“Morning, encik.”
Beg sandang diturunkan
ke atas meja. Beberapa keping surat di atas meja dibelek satu-persatu. Dengan
fail macam-macam. Ini baru seminggu cuti. Kalau lama-lama, agaknya boleh penuh
satu bilik ni dengan macam-macam benda.
“Encik nak kopi macam
biasa?.”
“Hurmm..”
Walaupun lelaki berkot
hitam di depannya langsung tak memberi respon positif, Hanna senyum juga.
Tangkas dia bergerak meninggalkan Badri menuju ke pantry. Dalam keadaan
sekarang ni, tak berani dia nak bertanya lebih-lebih.
Karang tak pasal-pasal
ada pula yang merasa pelempang sulung Badri. Bukannya orang tak tahu. Semua
orang dekat ofis ni dah dengar cerita Badri kehilangan isteri di malam
perkahwinan sendiri.
“Buat apa tu?.”
Hanna kerling Aliya di
muka pintu. Mug kosong di tangan segera diisi dengan serbuk kopi Arabica
kesukaan Badri. “Buat kopilah.”
“Oh, Encik Bad dah
masuk ofis!.”
“Baru aje dia sampai.
Duduk pun belum lagi.” Badri tu memang macam tu. Dia datang kerja sebelum pukul
8 walaupun ofis mula beroperasi sejam kemudian. Disebabkan takut malu, nak tak
nak terpaksalah dia datang lebih awal daripada Badri.
Melihat kerja-kerja
Hanna masih belum selesai, Aliya bergerak mendekat. Hanna PA Badri. Dah
tentu-tentu banyak benda yang Hanna tahu berbanding dia.
“Kau tengok, dia macam
mana?.” Bisiknya sambil sesekali mata mengerling ke arah pintu. Risau juga
kalau Badri terdengar.
“Macam mana apa?.”
“Iyelah. Lepas kes
malam tu, dia nampak macam mana? Okey ke? Muram ke? Garang ke?.”
Sengih kecil Hanna
memandang Aliya. Suka sangat menyibuk hal oranglah budak secretary seorang ni. “Dia nampak biasa aje. Tak ada perubahan
pun.”
“Really? Dia tak sedih
ke?.”
“Manalah aku nak tahu
dia sedih ke tidak. Kau ni pun. Takkan dia nak cerita dengan aku hal peribadi
dia.” Aliya ni lah, kan. Dia nak tanya Badri tu banyak-banyak soalan pun macam
tak berani, inikan pula nak tanya keadaan dia sekarang. “Lagipun, Liya. Cuba
kau letak diri kau dalam keadaan dia. Kau tak sedih ke kalau husband kau lari waktu malam perkahwinan
kau? Mestilah dia sedih.”
Kalau difikirkan logik,
tak tahu apa lagi yang isteri Badri tu tak mahu sangat dengan Badri. Lelaki
hebat macam Badri tu, tak sempat petik jari, berduyun perempuan datang nak
menawarkan diri jadi isteri.
Kalau dah tak nak
sangat, kenapa tak lari sebelum majlis akad nikah?
“Tak ada perasaan
sungguhlah perempuan tu.”
Laju Aliya mengangguk.
Setuju. Perempuan macam tu memang patut diajar. Dah tahu tak suka, patut tak
payahlah terima pinangan Badri. Ini dah siap nikah bagai, resepsi pun bukan
main gah buat kat hotel, alih-alih dia lari pula.
“Kesian, Encik Bad. Tak
pasal-pasal kena tinggal.”
“Itulah pasal. Patut
kalau tak nak, tarik dirilah awal-awal. Boleh aku jadi pengganti ke apa.”
Selamba dia menuturkan sambil tangan sibuk mencapai sebiji mug di dalam
kabinet. Awal-awal pagi macam ni, rasa lapar pula bila terhidu bau kopi.
Bulat matanya dengan
tangan mencekak pinggang. Pinggang Aliya disiku dengan sebelah tangan. “Ewah..ewah..ada
hati juga kau rupanya dengan Encik Bad ya, Liya. Tapi tak payah nak mimpi
lebih-lebihlah. Dia dah jadi suami orang.”
“Eh, siapa tak nakkan
lelaki macam Encik Bad tu! Lelaki yang datang dengan full package kut. Kau tak nak?.”
Hanna geleng lekas.
Walaupun Badri tu lelaki idaman semua orang, termasuk dia sendiri tapi nak
berangan dapat jadi isteri lelaki tu memang tak pernah dia buat.
Dia sedar diri. Jangan
kata dia yang biasa-biasa aje, tu Cik Balkis yang lawa, ayu, bijak, anak orang
kaya-raya tu pun sampai sekarang Badri tak pandang.
“Kalau dah namanya
suami orang, baik kau lupakan ajelah impian kau tu, Liya. Kau tak ingat wife dia hari tu? Lawa tau.” Walaupun
dia tak adalah nampak jelas sangat muka isteri Badri tu tapi dari jauh dia
boleh nampak, perempuan tu memang cantik bergaya.
“Wife? Kalau dah lari tu, bukan wife
lagilah namanya, cik Hanna oi.”
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Macam tu ke caranya??? Amishah mundar-mandir. Dari satu sudut dia berjalan ke sudut lain hingga akhirnya dia sendiri yang berhenti bila tera...
-
Aku pun tak tau lah nak cakap macam mana lagi dah. Mak ngan ayah ni memang cari pasal. Cari gaduh. Dah tau aku ni sarang tebuan,...
-
“Jom, liya. Ikut saya pergi meeting.” “Hmm..okay.” “Kenapa tak bersemangat aje ni? Tak sihat?.” “Penatlah, bos. Kerja yang bos bagi kelmarin...
-
"Macam mana tadi? semuanya okey?." Khusyairi melonggarkan tali leher yang terasa menjerut itu. Sengaja dia mendiamkan diri seketik...
-
“Abang, marilah jumpa Auntie Sarah dengan Uncle Mansur dulu.” Syed Uthman Affan yang baru mahu melangkah naik ke atas melangkah lambat-l...
-
~ Ish, nampak tajuk mcm novel...tapi tetap bebelanku juga yg muncul dulu...kekeke..jangan marah. Aku dah sekian lama tak post apa2 cerita de...
-
Hallu..sorrylah lambat pula update yer? Hihi..sibuk sebenarnya.Almaklumlah, guru sejati yg komited gitu..Yerk..haha..tadi pun sibuk dengan u...
-
salam, jemput baca semuanya..hihi..oh ya, kita berpisah dulu satu dua hari ni sebab laptop kesayangan aku ni adik bongsu nak pinjam, nak s...
-
Abahnya lelaki yang paling dia hormati. Haji Rusdi menjadi sanjungannya sejak kecil. Tetapi dalam hal ini, Haji Rusdi terpaksa dibelakangkan...
-
“Mama minta maaf banyak-banyak. “ Aku terkedu masih berdiri di muka pintu. Wanita ini yang datang memaki hamun enam tahun lepas. Wanita somb...


