Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, May 6, 2010

Mr & Mrs BFF 23

Kerja-kerja pembinaan tapak sudah mula berjalan lancar. Khusyairi bersama pembantu-pembantunya menyusun langkah kembali ke kereta masing-masing.

Sekarang sudah pukul 4 petang. Khusyairi menoleh jam di dashboard sekali lagi.

“Kenapa, bos? Nak balik terus ke?.” Aisyah mengenyit mata nakal memandang pada bosnya.

“Hurm..kiranya macam nak balik rumah terus tapi itulah ada benda nak kena siapkan dulu hari ini juga. Takut esok lambat datang office.” Niatnya mahu bertanya khabar Amishah yang mendiamkan diri sejak dua malam lepas.

Semalam dia sudah berkira-kira mahu menelefon namun malang sekali apabila mesyuarat yang dihadirinya hanya berjaya ditamatkan selepas lebih empat jam dijalankan. Sedar-sedar saja jam sudah beralih ke angka lapan. Tubuhnya sudah cukup letih dan sebaik sahaja sampai di rumah, lenanya terus datang.

“Kerja apa, bos?.”

“Biasalah. Nak buat review semua benda. Kira nak buat lusa tapi tahu ajelah, progress kita ni slow sangat. Takut big boss tegur nanti. Tak sukalah.”

“Hurm..betul tu, bos.” Aisyah angguk setuju. Datuk Rahman kalau soal kerja memang tiada komprominya. Hitam katanya, hitam jugalah yang perlu dipilih.

“Big boss kalau dah tegur tu, faham-faham ajelah akibatnya nanti. Bukan aku seorang kena, semuanya pun kena sama. Itu yang aku nak elakkan tu.”

“Memanglah kena ada komitmen tinggi kalau nak kerja dengan Datuk Rahman tu, kan. Eh, by the way, macam mana dengan anak gedik dia tu? Masih nak menempel dengan bos ke?.”

“Gedik?.” Serentak dia tertawa. Seakan susah pula hendak percaya Aisyah yang berakhlak mulia begini boleh menggelar Nurainah gedik. Nampaknya memanglah Nurainah betul-betul gedik maksudnya.

“Gedik?.” Serentak dia tertawa. Seakan susah pula hendak percaya Aisyah yang berakhlak mulia begini boleh menggelar Nurainah gedik. Nampaknya memanglah Nurainah betul-betul gedik maksudnya.

“Iyelah, gedik. Tak tahu nak rasa malu perigi cari timba.”

Sekali lagi bicara selamba Aisyah mengundang rasa lucu. Namun dia cuba menahan ketawa di dalam hati.

“Kenapa dengan awak ni? Nampak marah sangat-sangat dekat perempuan tu.”

“Eh, takkan suka pula, bos? Perangai sombong semacam, kasar pula tu tapi ada hati nak mengurat pekerja bapa dia sendiri.” Cemuhnya dengan dengusan. Dia memang cukup pantang hendak berdepan dengan Nurainah. Walaupun dia tahu saban bulan dia menerima gaji daripada ayah perempuan yang dibencinya.

Kelajuan kereta diperlahan. Lampu kuning baru sahaja bertukar merah. Dia menarik brek tangan sebelum menoleh sekilas pada Aisyah.

“Okey, aku tahu semua orang pun memang alah pada budak tu. Itu korang yang setakat kena berdepan sekejap. Cubalah bayangkan aku ni hah yang kena duduk menghadap muka dia berjam-jam, kena makan dengan dia. Tapi relaxlah, tak usah fikirkan sangat pasal tu.”

“Saya memang tak boleh nak relax asalkan dengar nama perempuan tu, bos.”

“Yelah, aku faham tapi janganlah marah-marah macam ni. Nanti tak pasal-pasal awak dapat penyakit darah tinggi. Nauzubillah.” Dia cuba menasihat. Selebihnya dia rimas juga dengan bebelan Aisyah walaupun dia tahu semua yang dikatakan pembantunya ini benar belaka.

“Relax okey?.”

Senyap. Aisyah menggigit bibir sendiri. Salahnya juga terlalu beremosi di hadapan Khusyairi. Mungkin dia bosan atau tidak suka mendengar perempuan membebel.

“Tapi saya berdoa siang malam bos tak terjatuh hati dengan perempuan tu, bos. Sampai bila-bila.”

“Lah, sampai macam tu sekali?.”

“Ya, sampai macam tu sekali. Saya doa bos cepat-cepatlah cari isteri. Yang baik-baik, yang tak sombong, yang patuh cakap suami. Simpang malaikat 44 bos jumpa perempuan macam yang seorang tu.” Katanya penuh semangat membuatkan Khusyairi mengukir senyuman sendiri.

Cari isteri?

“Kalau aku cakap aku dah ada calonnya?.”

“Dah ada? Siapa? Please jangan kata Nurainah.”

“Hurm...”

“Bos.” Aisyah pandang malas ke sisi. Takkanlah Khusyairi rela hendak menghabiskan sisa hidupnya dengan Nurainah? Tak ada ke perempuan lain?

“Apa?.” Khusyairi buat tak mengerti. Dalam hati, wajah murung Amishah yang sedang merajuk mengisi ruang.

“Please lah jangan kahwin dengan Nurainah. Dia tak sesuai untuk bos.”

“Kenapa pula tak sesuai?.”

“Bos!!!!.” Aisyah sudah terjerit dengan riak tak puas hati. Takkanlah Khusyairi betul-betul nak pertimbangkan perempuan tu nak dijadikan isteri?

Khusyairi ketawa suka dapat melihat reaksi pembantunya. “Yelah...yelah, relax. Aku main-main aje tadi. Aku tahulah pilih perempuan yang macam mana nak dijadikan ibu untuk anak-anak aku.”

“Huh, syukur alhamdulillah kalau bos boleh berfikir dengan normal semula.”

“Hish, ingatkan aku gila ke apa.”

“Tak adalah, bos. Saya ni cuma nak ambil berat hal bos.”

“Yelah. Apa-apa ajelah, Aisyah.”



“Jauh benar melamun nampaknya.”

Amishah ukir senyuman memandang Mak Biah muncul membawa secawan kopi mendekatinya. Baru tadi mereka habis makan malam berjemaah sekarang dihidangkan pula dengan kopi.

“Mak minum kopi lagi? Dah malam ni. Nanti susah nak tidur pula.”

“Kau bukan tak kenal mak. Lain rasanya lepas makan ikan patin tu. Nak kena kejarkan air kopi cepat-cepat masuk tekak ni.”

“Yelah, mak.” Mak Biah tidak tahan makan ikan patin. Kalau dipaksa-paksa, boleh muntah dia nanti. “Mak tak suka bau ikan patinkan.”

Wanita tua itu mengangguk mengiakan kata-kata anaknya. Memang dia sedikit kurang senang dengan bau ikan patin. Ini pun nasib baik dia tahan hati memasakkan untuk Haji Rusdi. Sudah suami teringin, mahu tak mahu dibuat juga.

“Tak apalah, mishah. Mak buat ikhlas untuk abah kau. Abah tu jarang-jarang dapat makan benda yang dia suka. Kebetulan semua yang dia suka, mak tak suka. Apa yang mak suka pula abah tak berapa nak suka.”

“Kesian mak dengan abah kan.”

“Tak ada apa yang nak dikasihani, mishah. Sebab tu mak dengan abah berusaha bertolak-ansur. Kalau ikutkan hati aje, memang tak boleh nak hidup bersama kami berdua ni. Semua tak ngam.”

Kepalanya turut mengangguk. Memang benar kata-kata Mak Biah. Kalau ikut hati, mati. Mati? Kalau ikutkan hati sangat, dah lama bercerai agaknya.

“Pandai mak dengan abah jaga perkahwinan ni. Masuk tahun ni dah 35 tahun mak dengan abah bersama, kan?.” Dalam hati, dia kagum dengan kebijaksanaan Haji Rusdi dan Mak Biah mengendali hubungan.

Mereka sudah tua namun masih mesra, masih saling memaafkan. Sedangkan dia dan Khusyairi...baru berdepan hal kecil, sudah begini jadinya. Gara-gara benda itu, sudah seminggu ini masa berlalu, dia langsung tidak mahu menyerah kalah menghubungi suaminya. Tapi Khusyairi sendiri? Lupakah dia padaku?

Ataukah dia kini sedang memadu asmara bersama kekasihnya? Benarkah?

Ah, menyesal dia dengan apa yang telah berlaku dulu...perkara itu...yang indahnya ternyata cuma sementara nampaknya..sudah seminggu...seminggu!!! benar-benarkah dia sudah lupa?

“Kau dengan menantu mak macam mana? Semuanya okey?.”

“Err..okey..okey, mak. Semuanya okey.” Gugup seketika dia menjawab. Apalah yang okeynya kalau seminggu tak bercakap?

Mak Biah mengerutkan kening. Amishah bila menjawab pun tak lancar, biasanya anak bongsunya ini sedang menipu.

“Betul semuanya okey?.”

“Apa yang tak okeynya, mak? Semua okey, alhamdulillah.” Satu senyuman dia pamerkan semanis mungkin. Jangan sampai emaknya fikir yang bukan-bukan. Orang tua ni selalunya punya instinct yang kuat. Harap-harap janganlah Mak Biah boleh tahu pula.

“Baguslah kalau kau kata semuanya okey. Mak tumpang gembira sama.”

“Alhamdulillah, mak. Kami okey.” Okey ke? Khusyairi yang suka menyakat!

Cawan kopi di tangan didekatkan ke mulut. Dua tiga kali menghirup akhirnya Mak Biah bangun angkat punggung.

“Oh ya, Mishah...malam ni mak nak buat tepung pelita dengan bubur jagung. Esok jangan lupa tinggalkan dekat rumah mentua kau tu.”

“Nak buat apa, mak?.”

“Eh, budak bertuah ni! Nak buat apa lagi, nak sedekahlah. Lagipun esok tu hari jadi emak mentua kau. Takkan dah lupa kot? Dulu-dulu tiap kali emak mentua kau hari jadi, kau menempel pergi tidur rumah diorang walaupun tak dijemput. Lupa?.” Jelingan Mak Biah penuh makna.

Birthday mak? Esok ke? Kenapa boleh aku lupa? Oh no!!!!

Kepalanya ditepuk perlahan. Macam manalah boleh dia terlupa tentang hari lahir emak Khusyairi yang serupa emak keduanya itu?


p/s : Khas untuk semua yg sudi membaca..kekeke ( gaya ketawa Wendy )...

5 comments:

  1. agak kurg skit kali ni..
    nape org kt sabah xtaw kusyairi da kwin?

    ReplyDelete
  2. waduh khusyairi...
    awat hang tak habaq2 lagi yang hang dah kawen???

    ReplyDelete
  3. kekekekeke...suker2..

    ReplyDelete
  4. aik, Wendy...aritu kekeke arini dah jadi kekekekeke...Wendy..Wendy..hehe

    ReplyDelete
  5. tyea nih...tahan btol simpan rahsia...hhmmm apa lar rahsia besar tu (letak tangan atas dahi)

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts