Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, May 10, 2010

Mr & Mrs BFF 24

Seawal-awal subuh, dia bangun menunaikan solat. Mandi dan terus mencapai telefon. Dia rasa bersalah. Biasanya saban tahun dia akan memastikan dirinya menjadi anak pertama yang mengucapkan selamat hari lahir kepada emaknya. Tetapi disebabkan terlalu letih, pulang sahaja dari pejabat dia terus tertidur.
Beberapa lama dia menunggu, namun belum ada sesiapa mengangkat telefon. Mungkin saja orang tuanya masih lena diulit mimpi saat ini.
Hah! Shah!
Ya, Amishah! Sudah seminggu dia asyik terlupa mahu menelefon bertanya khabar wanita kesayangannya itu. Marah agaknya dia?
Dua tiga kali deringan, kedengaran suara serak Amishah di hujung talian memberi salam.
“Waalaikumsalam, yang. Aku ni.”
“Hurmm..nak apa pagi-pagi buta ni, Ri? Mengantuk ni.” Lemah saja suaranya. Masih tidurkah?
“Yang, ingat tak hari ni birthday siapa?.”
“Tahu. Ingat. Mak kau. Kenapa?.”
“Bukan mak akulah. Mak kita, sayang. Syukurlah kau ingat. Aku ada benda nak minta tolong dengan kau ni. Boleh tak?.”
“Nak minta aku buat apa lagi?.”
“Kau sudi tolong ke tidak? Kalau tak, tak mengapalah.” Mendengar suara Amishah, seolah-olah isterinya itu tiada mood dan keinginan pula hendak membantu. Mungkinkah dia masih merajuk gara-gara benda mengarut itu?
Tapi itu bukan benda mengarut. Dia bukan bergurau. Dia serius dengan niatnya menyimpan benda itu ke dalam beg pakaian Amishah. Sebagai simbolik. Tapi mungkin Amishah tidak mengerti agaknya.
“Ri, kau dah call cakap nak minta tolong, cakaplah nak aku buat apa.” Suaranya mula hendak meninggi. Bosan. Dia sedang tidur lena bila lelaki itu menelefon dan sekarang bertarik-tali pula tak mahu bercakap.
“Tak apalah, shah. Kita cakap lain kali ajelah.”
“Ri!.”


Geram! Sudahlah seminggu tak bertanya khabar, tiba-tiba menelefon minta bantuan tanpa sekali pun bertanya kesihatannya, keadaannya. Ikutkan hati mahu saja dia marah. Tapi tak sampai hati! Apa sebenarnya yang dia rasakan saat ini?
Rindu? Sedikit. Gembira? Sebenarnya kerana dapat juga mendengar suara Khusyairi walaupun lenanya terganggu.
Tapi bila mendengar semula nada suara lelaki itu, dia jadi simpati yang menggunung. Dia tidak suka menghampakan orang. Terutama sekali kalau Khusyairi orangnya!
Dengan mata yang tiba-tiba menjadi segar, dia mendail semula nombor sama yang menelefonnya tadi. Beberapa saat menanti masih tiada sahutan. Takkanlah merajuk lagi? Rajuknya sendiri belum dipujuk, dah nak pujuk dia pula?
Alahai, Ri...
Sekali lagi dia mendail. Menunggu dan saat hampir-hampir mahu memutuskan talian barulah kedengaran suara parau Khusyairi. Amishah tarik nafas, mengukir senyuman, menyenangkan hati sebelum bersuara.
“Okey, Ri..aku minta maaf..sekarang, boleh kau cakap betul-betul apa bendanya yang kau nak minta tolong?.” Nadanya bertukar lembut, manja dan memujuk.
Senyap di hujung talian. Senyuman Amishah makin melebar. Khusyairi memang mudah merajuk...mujurlah dia suka melayan rajuknya.
“Ri, kejap ya. Kita stop sekejap. Aku call kau semula ya. Jangan buat tak layan wife kau ni pula. Angkat cepat-cepat, okey?.”
Butang merah ditekan. Rambutnya yang menggerbang diikat kemas-kemas. Seluruh mukanya dibersihkan dengan tisu di atas meja sisi. Setelah yakin dengan penampilannya di awal pagi begini, dia mendail sekali lagi namun kali ini menggunakan video call.
Lama juga barulah panggilannya diterima Khusyairi. Awal-awal lagi dia ukirkan senyuman istimewa buat Khusyairi.
“Assalamualaikum.” Sapanya mesra. Biarlah dengan rajuknya asalkan Khusyairi tak merajuk.
Kelihatan Khusyairi kerdip mata sesekali. Dengan kopiah di kepala, Amishah bersyukur sangat-sangat sebab dia tahu suaminya sudah solat.
“Ri, handsomelah kau pagi-pagi ni. Janganlah merajuk ya.”
Senyap. Khusyairi pura-pura membetulkan kopiah di kepala. Dia terkejut sebenarnya dengan kejutan ini. Video call di awal subuh! Di sini baru jam 5. Maksudnya Amishah masih tidur tadi. Kasihan dia sanggup melayanku waktu subuh!
“Ri? Janganlah merajuk. Aku tak boleh buat kerja kalau kau merajuk tahu? Nanti aku hilang mood. Jangan merajuk ya?.”
Khusyairi tahan senyuman dalam hati. Mahu saja dia membalas setiap kata-kata Amishah tapi egonya menghalang.
“Ermm..apa aku nak buat ya supaya Ri aku ni senyum semula?.” Amishah garu dagu sendiri.
Ri aku? Jantungnya berdegup laju tiba-tiba. Bahagia hati mendengarnya. Kalaulah Amishah ada di depan mata saat ini....
“Okeylah kalau kau tak sudi nak tengok muka aku. Aku tak marah. Apa-apa pun aku cuma nak cakap, semalam mak dah pesan aku suruh hantarkan favorite food mak kau sempena birthday dia hari ni. Kejap lagi aku solat, siap kemudian terus pergi rumah sana. Aku nak sarapan sama dengan mak dan ayah. Bolehkan?.”
Khusyairi terus mendiamkan diri. Antara nak beri respon atau tidak akhirnya dia cuma menganggukkan kepala dan senyum.

5 comments:

  1. huhu..
    still tak dpt catch up.
    ape yg ri ltk dlm bag syah tuh?
    huu..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. hehe..tunggu dalam beberapa episod n then u'll know..thanks sudi membaca n tinggalkan komen..

    ReplyDelete
  3. tyea..lor awat pendek sgt hehehe!

    ReplyDelete
  4. aku nak teka apa yg disimpan Ri tu..
    tp takut menyimpang jauh 44 malaikat..kekekeke
    almaklumlah...cikgu dah cop kepala otak aku ni yellow..hahaha

    ReplyDelete
  5. to akak :
    sorry bah, kak..hehe..saja nak thrill kan akak tu..
    to Wendy :
    Hah, tau xpe..kekeke

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts