Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, May 13, 2010

Mr & Mrs BFF 25

Sebagaimana lebarnya senyuman Amishah, begitulah keadaannya Kamariah sebaik membuka pintu melihat menantunya sedang menunggu. Lekas-lekas dia menerpa memeluk Amishah.
“Selamat hari lahir, mak.” Ucapnya suka. Tahun-tahun sebelum ini, memanglah dia sentiasa ada di saat hari lahir Kamariah cuma tidak pernah dia dipeluk seerat sekarang.
“Terima kasih, Mishah. Seorang aje ke?.”
“Seorang aje, mak. Maklumlah anak mak kan tak ada dekat sini jadi Mishah datang seorang ajelah.”
Kamariah pura-pura menjegil mata namun akhirnya dia menepuk bahu Amishah dengan lembut. Dari dulu sampai sekarang, perangai Amishah memang serupa habis dengan Khusyairi. Dua-dua kaki bergurau, dua-dua kaki penyakat.
“Pandailah kamu ya nak kenakan mak. Eh, jom masuk. Mak dengan ayah tengah nak sarapan tadi. Masuklah.” Pintu rumah dibuka seluas mungkin.
Dia memeluk mesra pinggang Amishah dan membawanya sehingga ke dapur. Di meja makan, Latif sedang ralit membaca akhbar namun yang lebih mengejutkan Amishah melihat Khalisah sedang menghidangkan minuman.
Bagaikan sudah berkurun tidak bertemu, Khalisah terjerit sebaik sahaja menyedari kehadiran Amishah.
“Ya Allah, kak! Rindunya dengan akak.” Jeritnya dengan wajah girang. Teko di tangan segera dilepaskan. Buru-buru dia memeluk tubuh Amishah menyebabkan Kamariah dan Latif tergeleng-geleng memandang.
“Akak pun rindu sama dengan Lisa. Cuti ke?.”
“Tak adalah, kak. Lisa baru habis demam ni. Dua hari lepas mak datang jemput sebab Lisa betul-betul dah tak larat nak duduk hostel.”
“Oh..kesiannya. Tak cakap dekat akak? Kalau tak, tiap hari akak datang jenguk adik manja akak ni tau.” Dia dan Khalisah memang rapat sejak kecil lagi. Tiap kali dia datang ke rumah ini, dia akan bermain sama dengan Khusyairi dan Khalisah. Cuma Khuzaimi yang tak biasa dengannya.
“Itulah, kak. Lisa demam sampai boleh lupa dekat akak. Tapi Lisa tengok berseri semacam aje muka akak ni. Ada apa-apa ke?.” Soalnya dengan wajah nakal. Sorot anak matanya bergerak dari muka ke bawah dan berhenti saat matanya terpandang ke arah perut Amishah.
Amishah senyum menggeleng. Berseri apa kalau baru habis gaduh? Berseri sebab dapat pujuk cik abang adalah sikit kot...
“Apa pandang perut akak macam tu? Jangan fikir lain-lain okey?.” Dia segan sebenarnya kerana dia tahu apa yang ada dalam fikiran Khalisah saat ini. Lebih-lebih lagi bila dia senyum semacam begitu.
“Taklah tapi instinct Lisa...”
Kamariah turut memandang ke arah yang sama dalam diamnya menghirup air kopi. Namun matanya tidak mampu melihat apa-apa perubahan pun. Gerak jalan menantunya tidak langsung menunjukkan dia sedang berbadan dua, kalau benar anggapan Khalisah.
“Lisa, janganlah layan kakak kamu macam tu. Ajak kakak minum sekali.” Latif tiba-tiba menegur. Kopinya sendiri sudah hampir habis, Amishah masih juga tak dijemput duduk.
Bagaikan baru tersedar, Khalisah lekas-lekas menarik kerusi di sebelahnya buat Amishah. Sebiji cawan dituangkan air kopi dan didekatkan pada kakak iparnya.
“Minumlah, Mishah. Asyik layan si Lisa ni, penat kamu berdiri.”
“Tak adalah, ayah. Mishah pun rindu dengan adik Mishah ni. Lama dah tak jumpa kan, Lisa?.”
Khalisah angguk cepat. “Lisa suka tengok akak happy. Ini mesti sebab abang long jaga akak dengan baik, kan?.”
“Hurmm...memanglah.” Khusyairi memang baik cuma kuat merajuk mengalahkan perempuan. “Oh ya, mak. Sebut pasal Ri, Mishah lupa nak bagi sesuatu. Kiriman mak Mishah untuk mak.”
“Ada kiriman?.”
“Ya, mak masakkan special untuk besan dia. Makanan kesukaan mak, kan?.” Bakul berisi bekas bubur dan tepung pelita diletakkan di atas meja.
Kamariah memandang suka. Terharu juga dia melihat kesudian Mak Biah mengingati tarikh hari lahirnya. Seketika tanpa sedar, ada air bergenang di tubir mata. Namun cepat-cepat dikesat sebelum Amishah melihat.
“Beruntung mak dapat besan sebaik Kak Biah tu, Mishah. Mak doakan hubungan yang dah sedia ada ni takkan berubah sampai bila-bila. Mishah dengan Ri jagalah perkahwinan kamu ni baik-baik ya?.”
“Insyaallah, mak.” Tak perlu dipinta pun, sememangnya dia juga berdoa siang dan malam agar terus menjadi isteri Khusyairi. Dia tahu dia sudah mula cintakan best friendnya itu. Bukan sebab kejadian malam yang indah itu tetapi kerana hatinya sendiri sudah terlalu sayang pada lelaki itu.
“Mak doa sangat-sangat untuk kamu berdua.”
Sekali lagi Amishah menganggukkan kepala. Khalisah di sebelah sudah mula mengenyit mata gaya nakalnya.
“Kalau macam tu, apa kata malam ni akak tidur sini? Bolehkan?.”
“Boleh tapi ayah dengan mak benarkan ke Mishah tumpang tidur dekat sini?.”
“Mishah, bukan tumpang tidur. Ini rumah kamu juga. Bila-bila masa kamu rindukan Khusyairi, baliklah ke sini. Ayah dengan mak lagi suka kalau kamu selalu datang.”



Amishah tarik nafas kelegaan. Letih badannya menyediakan masakan istimewa kesukaan Kamariah seakan terbalas melihat semua bekas kosong dan licin.
Selesai berkemas di dapur, dia merebahkan badan di atas tilam empuk Khusyairi. Mulanya dia dipujuk Khalisah untuk tidur di biliknya namun dilarang Kamariah. Dan sebenarnya dia sendiri lebih suka tidur bersendirian di bilik bujang ini.
Matanya sudah terkelip-kelip mahu tertutup apabila telefon bimbitnya tiba-tiba bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dalam malas dicapainya juga telefon bimbit N71 itu.
“Hello?.”
“Assalamualaikum, sayang. Aku ni.”
Sayang? Khusyairi!!! Rasa kantuknya bagaikan terbang saat itu juga mendengar suara parau Khusyairi. Spontan bibirnya mengukir senyuman.
“Ri....Ri...rindunya nak dengar suara kau. Kau okey ke?. Dah makan? Dah solat?.”
Kedengaran tawa riang Khusyairi di hujung talian. Amishah menarik nafas lega. Satu tanda lelaki kesayangannya ini sudah habis merajuk ialah bila dia sudah mula memanggilnya sayang.
“Amboi, banyaknya soalan! Mana satu nak jawab dulu ya?.” Usiknya pula.
“Okey, sorry dear. Jawablah mana satu yang kau nak jawab dulu. Tapi aku lebih prefer soalan kau okey atau tak.”
“Alhamdulillah, sayang. Aku okey. Aku dah solat tapi belum makan sebab tak ada selera nak makan. Hujan ni sekarang.”
“Hujan?.”
“Erm..”
“Bestnya hujan, kan? Kat sini dah seminggu lebih hujan tak turun.” Sampaikan emaknya jatuh kasihan melihat bunga-bunga yang ditanamnya sudah mula mahu layu walau disiram.
“Bestlah kalau ada kau dekat sini.”
Mendengar keluhan itu, Amishah ketawa sendiri. Dari baring dia duduk menyandar ke kepala katil. “Apa pula kaitannya dengan hujan kalau aku ada dekat sana?.”
“Yelah, hujan-hujan macam ni, sejuk. Kalau ada kau, barulah best. Bolehlah aku peluk kau. Bolehlah kita...”
Terasa panas mukanya mendengar kata-kata Khusyairi. Dia tahu apa maksud lelaki itu. Nasib baiklah Khusyairi tidak melihat warna kulit mukanya saat ini. Kalau tidak, entah-entah lelaki itu akan ketawa.
“Shah?.”
“Erm?.”
“Kau ingat lagi pasal malam tu?.”
Khusyairi tanya aku ingat ke tidak? Masakanlah dia boleh lupa. Saat pertama kali dia menyerahkan diri pada suami, mana-mana isteri pun tak mungkin lupa.
“Err...Ri, mak ada cakap aku bermalam di rumah kau malam ni?.” Kejadian itu memang indah tapi entah kenapa dia jadi teramat segan mahu memperkatakan soal itu di waktu lewat malam begini, dengan Khusyairi yang berada jauh di Sabah.
“Ada, aku baru habis cakap dengan mak. Kau tak rindukan aku ke, shah?.”
“Rindu?.”
“Ya, kau tak rindukan aku? Shah, kau tahukan aku cintakan kau?.”
Cinta? Amishah telan liur. Tidak pula dia menyangka Khusyairi berani membuat pengakuan malam ini. Tapi benarkah? Jadi perempuan yang hari itu siapa?
“Ri...”
“Shah, aku mungkin tak romantik luahkan perasaan aku tapi bagi aku semua tu tak penting. I just want you to know how I feel, how I love my wife, kau shah.”
Bibirnya diketap rapat. Bukan romantik atau tidak yang jadi persoalan sekarang.
“Sayang? Kau dengar aku cakap kan?.”
“De..dengar, Ri.”
“Jujur dari hati kau, shah. Kau tak cintakan aku ke?.”
Ri, kalaulah kau tahu hati aku. Kalaulah kau boleh belah hati aku ni. Kau cuma akan nampak nama dan muka kau di dalamnya. Ri, aku dah lama cintakan kau.
“Sayang?.”
“Err..Ri, boleh bagi aku masa tak? Aku..aku..aku masih terkejut. Jujur aku cakap, aku tak sangka kau boleh cakap macam ni pada aku.” Ah, lain di hati, lain pula yang terluah di bibir. Amishah gigit bibir menekup mukanya di lututnya sendiri.
“Kau nak masa berapa lama pun, aku sanggup tunggu, shah. Aku cuma nakkan jawapan kau. Tapi kalau boleh, aku berdoa jangan rancangan gila kita waktu sebelum kahwin dulu jadi kenyataan. Aku tak mahu lepaskan kau, shah. Aku sayang sangat dengan kau. Kau kena tahu itu, shah.”
Panjang lebar kenyataan Khusyairi, dia terus terdiam beberapa ketika hinggalah dia mendengar ucapan gemersik Khusyairi memberi salam sebelum memutuskan talian.
Kalau tadi matanya segar, kini tubuhnya jadi lemah selemah-lemahnya. Lemah kerana dia tidak terus membalas kata cinta Khusyairi. Lemah kerana masih menyimpan kenyataan yang dipinta Khusyairi di dalam hati.
Ri, aku dah lama cintakan kau....

p/s : Assalamualaikum,semua..cikgu tengah paksa diri nak study ni....hehe..sungguhnya tak bermotivasikan? apapun, cikgu harap cikgu boleh ingatlah semuanya..

4 comments:

  1. wahh best rr..tapikan ble die nak jumpe khusyairi nie...boring r kalo khusyairi kat sabah..berjauhan jerp

    ReplyDelete
  2. a'ahlah tyea..cepat2lah 'pindahkan' dorang.. hahaha

    ReplyDelete
  3. dah agak dah..
    wpun aku dikatakan yellow tp tekaan aritu betul kan cikgu?kekeke

    cuma 1 jer lagi belum dpt teka..
    benda yg disimpan Ri tu..agak2 kali ni aku betul jugak ker??kekeke

    bah..sambunglah lagi..

    ReplyDelete
  4. bila nk ketemu ni... x sbr nk tau kisah seterusnya... smbg2..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts