Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, May 24, 2010

Mr & Mrs BFF 28

salam alaik...enjoylah baca..hihi..

Dari arah pintu masuk, Khusyairi sudah nampak kelibat Datuk Rahman. Lelaki bertubuh sederhana itu sedang duduk bersendirian menghadap komputer peribadi di atas meja.

“Assalamualaikum, Datuk.” Sapanya mesra.

Datuk Rahman yang ralit menaip sesuatu lekas berdiri dengan senyuman. “Eh, dah sampai ke? Jemput duduk, Khusyairi.”

“Datuk apa khabar?.”

“Alhamdulillah, Syairi. Saya okey.”

Syairi? Kerut di dahinya muncul dengan sendirinya. Semacam pernah dia dengar namanya disebut begini oleh seseorang. Tapi siapa ya?

“Jadi, kita terus ke agenda utama kita berjumpa sajalah, Syairi. Saya pun kelam-kabut ni. Ada hal lagi nak buat sebelum ke airport.”

“Oh..ya, Datuk. Saya minta maaf. Ini saya bawakan laporan-laporan yang Datuk nak tengok.” Sebuah fail sederhana tebal bertukar tangan.

Sementara Datuk Rahman meneliti fail laporan perkembangan, dia pula menerangkan segala macam yang perlu diketahui oleh majikannya. Setakat ini kerja-kerja di tapak binaan adalah masih menurut spesifikasi jangka masa yang ditetapkan syarikat.

“Ermm…bagus sekali, Syairi.” Komen Datuk Rahman.

Khusyairi terangguk-angguk. “Alhamdulillah, Datuk. Ini semua hasil kerjasama semua pekerja yang kita ada.”

“Begini sajalah, Syairi.” Lelaki itu tiba-tiba meluruskan belakang badannya. Matanya yang sejak tadi tidak beralih daripada Khusyairi menyebabkan Khusyairi sedikit sebanyak terasa mahu segera selesai perbincangan.

Datuk Rahman dan Nuraina ada banyak persamaan dan antaranya ialah kemampuan mereka membuatkannya jadi tak selesa!

“Saya sebenarnya bangga dengan pencapaian-pencapaian awak sebelum ini. Apa pun projek yang saya beri, alhamdulillah awak boleh galas dengan cemerlang. Saya suka itu.”

Lah, nak memuji rupanya! Khusyairi melepas nafas kelegaan. “Syukur alhamdulillah, Datuk. Semua tu pemberian Tuhan. Kalau Dia tak kuatkan semangat saya, entah macam manalah agaknya kan.”

“Yalah, syukur pada Allah s.w.t. jadi sebagai penghargaan saya kepada awak, saya bercadang nak naikkan pangkat awak. Berminat ke?.”

“Naik pangkat?.”

“Ya, saya berkira nak letak awak di bawah Haji Lutfi. Jadi pembantu kanan beliau. Uruskan projek-projek yang lebih besar. Kenapa? Awak tak berminat ke?.” Datuk Rahman mengerut dahi.

Kalau boleh, dia mahu memaksa Khusyairi memegang jawatan jurutera kanan syarikat tetapi kebolehan Haji Lutfi memang masih belum boleh ditandingi.

Khusyairi memandang fail dengan perasaan serba salah. Dia memang berminat dengan tawaran ini malah amat berminat. Tapi andai kata Nuraina yang sebenarnya memujuk Datuk Rahman, dia tidak sudi menerimanya. Dia tidak mahu terhutang budi. Dan akhirnya nanti terjerat dengan budi ini.

Maklumlah, siapa yang tak kenal Nuraina?

“Tak apalah, Datuk. Berikan saya sedikit masa untuk fikirkan dulu hal ni. Saya kena bincang juga dengan orang tua saya.” Ujarnya menutup hal sebenar. Kalau dikatakannya terus hal Nuraina, dia yakin Datuk Rahman akan diserang sakit jantung saat itu juga.

“Baik. Saya berikan awak masa seminggu untuk buat keputusan. Minggu depan saya balik, saya nak dengar keputusan kamu.”

“Ya, Datuk. Saya faham.”

Pintu yang ditolak dari luar benar-benar mengejutkan Amishah. Hampir-hampir dia terjatuh gara-gara mahu menarik zip baju di bahagian belakang hinggalah dia ternampak kelibat Khusyairi.

“Ri?.”

Khusyairi meneruskan langkah ke arah almari. Menanggalkan baju kemeja di tubuh dan digantikan dengan sehelai t-shirt warna senada blaus Amishah.

“Ri?.” Amishah berkerut kening. Bad mood ke suaminya ini? Entah-entah kena bebel dengan big boss. Tahu sajalah kalau orang atasan ni! Macam juga guru besar sekolahnya!

Amishah melepaskan zip yang baru separuh dapat dinaikkan. Tubuh Khusyairi segera didekati. Kalau boleh, kan baik percutian dalam tugas ini jadi romantik. Bukan dengan kemuraman sesiapa.

“Kenapa ni, darling? Ada problem ke dengan big boss?.” Bahu Khusyairi dielus perlahan.

Bagaikan terkena renjatan elektrik, Khusyairi tiba-tiba berpaling dengan senyuman nakal di bibir. Memandang puas pada si isteri. Berjaya taktiknya!

“Eh, dah okey ke?.”

“Dah, sayang.” Pipi Amishah dikucup sekali.

“Tadi muram bukan main?.”

“Aku tak ada problem, aku cuma nak kau panggil aku darling. Kalau tak, aku takkan respon kau panggil.”

“Hah?.” Besar biji matanya menjegil Khusyairi yang ketawa suka. Saja nak mainkan aku rupanya. Ingatkan merajuk atau muram betul-betul! “Hish, nakalnya kau! Ingatkan kena bebel dengan big boss ke apa.”

“Tak adalah. Orang tua tu takkan nak marah aku punya. Aku kan engineer kesayangan syarikat.” Senyumannya semakin melebar. Melihat Amishah turut senyum, jarinya didekatkan pada hidung mancung Amishah.

“Pandai kau kenakan aku, kan.”

“Eh, tak puas hati juga ke? marah ke?.” soalnya dengan senyuman. Tangannya turut sama cuba membantu menaikkan zip belakang baju Amishah.

Amishah memuncungkan bibir namun dalam hati, sikit pun tidak terasa marah. Marah kalau dilayan sangat, semua benda tak menjadi nanti.

“Auww!!!.” Dalam lekanya, dia tiba-tiba terjerit. Kerut dahinya mengejutkan Khusyairi. Lelaki itu tersengih masih memegang zip. “Sakitlah. Zipkan, bukan kenakan pada aku.”

“Tak sengajalah, yang. Sorry.”

Hanya selepas melihat lirikan isterinya barulah dia berusaha mencuba sekali lagi menaikkan zip tersebut namun walau sudah dia berhati-hati, sekali lagi Amishah menjerit bila terasa kulitnya bagai hendak koyak dikerjakan Khusyairi.

“Apa ni? Sakitlah.” Rungutnya. Tangan Khusyairi segera ditepis. Kalau tak tahu macam mana nak buat, mengaku sajalah.

Khusyairi ketap bibir, terasa bersalah pula melihat Amishah berkerut menahan kesakitan begitu. “Aku dah hati-hati. Aku dah cuba naikkan perlahan-lahan tapi sangkut juga. Sorry, yang.”

“Tak apalah. Aku nak buat sendiri. Aku dah mula rasa lapar ni. Lagi lama aku tunggu kau buat, lagi lambat kita nak keluar.”

Amishah melangkah menghadap cermin. Dicuba-cubanya sekali lagi menaikkan zip namun entah kenapa tetap juga gagal malah dia sendiri pula yang mengaduh kesakitan tiap kali mengenai kulitnya.

“Yang, kalau susah sangat baju tu nak pakai, cari baju lain ya. Tengok sampai sakit macam ni.” Khusyairi datang hampir. Kesan pada kulit isterinya dibelek sama. Merah. Melecit nampaknya.

“Alah, aku suka baju ni, darling. Rasa selesa aje pakai.”

“Memanglah sayang suka sebab aku yang belikan, kan?.” Sempat lagi dia mengusik menyebabkan Amishah memerah muka.

“Tak ikhlas ke?.”

“Sayang ni! Ada ke cakap macam tu. Dah, pergi cari baju lain. Tadi kata lapar sangat.”

Walau berat hati mahu menanggalkan blaus yang ada di tubuhnya, dia tetap akur. Satu demi satu pakaian yang ada di dalam beg dibelek. Mahu mencari yang serupa dengan warna baju Khusyairi!

“Yang itu pun okey apa.” Komen Khusyairi sebaik sahaja Amishah mengeluarkan sehelai kebaya hitam bersulam tepi. Baju ini biasa dipakainya dengan seluar panjang sahaja.

“Ini? Okey ke?.”

“Okey, honey. Sayang pakai apa pun tetap cantik. Don’t worry, dear.” Pujuknya lagi.

Baju di tangan segera disarung ke tubuh. Namun sekali lagi dia tidak dapat memasang butang kebaya di tubuhnya. Matanya memandang geram pada Khusyairi.

“Kenapa semua baju aku pakai dah tak muat ni, Ri?.”

“Tak boleh pasang butang pula?.”

“Hurmm…ish, bencinya macam ni. Aku tak ada pun makan melantak sangat selama ni. Sejak bila pula berat badan aku naik ni?.” Amishah merengus kasar.

Khusyairi turut membelek tubuh isterinya atas ke bawah. Entahlah tapi pada pandangannya memang tubuh Amishah masih begitu. Tiada satu pun yang berubah. Membesar atau mengecil.

Kecuali…

“Eh, yang. Bahagian mana yang paling ketat sekali waktu nak butangkan kebaya tu tadi?.” Bahu Amishah diraih mesra. Kasihan Amishah.

Amishah membisu cuma. Hanya jari telunjuknya diarahkan ke bahagian perut.

“Err..yang, sebenarnya aku rasa perut sayang dah naik sedikitlah. Sebab itu kot ketat kat bahagian tu. Tapi sikit aje. Jangan risau.”

“Iyeke?.”

“Itu yang aku perasanlah. Jangan marah ya.”

Perut aku dah naik? Amishah berfikir-fikir sebentar. Diselaknya baju kebaya di tubuhnya.

“Eh, macam betul pula cakap kau kan, darling. Perut aku!.”

“Ya, tapi tak payah risaulah. Tak menjejaskan kecantikan kau pun.” Ujarnya dengan senyuman meyakinkan. Amishah bukan jenis yang mudah naik berat badannya. Jadi kalau setakat bertambah sedikit tu, normallah.

“Ah, aku dah gemuklah, Ri. Aku tak sukalah.” Amishah sudah menghentak kaki dengan lagak tak puas hati.

Khusyairi cuma mampu tersenyum sendiri. Tubuh Amishah ditariknya ke dalam pelukan. Perempuan…obsesnya pada kecantikan memang menakutkan.

12 comments:

  1. mesti syah mengandung..wahaha

    ReplyDelete
  2. huhu sweet... ala... naik sikit je tu tanda hati bahagia

    ReplyDelete
  3. perempuan..obsesnya pada kecantikan memang menakutkan...wahh skenye bace ayat 2...hahaha

    ReplyDelete
  4. yup!!! mesti amishah mengandung..................
    apapun, ri mesti pandai menepis Nuraina.......
    apapun, akak follow....................

    ReplyDelete
  5. ha'ah la...
    stuju2...
    x sabonyerr...

    ReplyDelete
  6. Uish, syah pregnant kah..?

    ReplyDelete
  7. ya ya i setuju ngan u
    heh3
    best2

    ReplyDelete
  8. hehehe... syah pregnant... risau gak kt datuk tu... ada jer dia suh kawin dgn anak dia... ri, pls terus terang... cian syah...

    ReplyDelete
  9. belum mengandung tu..mungkin buncit sebab terlampau bahagia..
    si nuraina tu ada datang ganggu ke nanti?
    ishh..menyampah ler dgn minah tu..

    ReplyDelete
  10. ntah2 pregnant kot,,,

    huhuhu,,,

    nk lg,,,

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts