17
Niatnya tadi dia dan Farahin hendak
keluar makan di tempat biasa. Restoran makanan utara yang gulai kawahnya sedap
sangat dan dekat pula dengan masjid. Jadi tiap kali lepas makan, senanglah
mereka singgah solat sekali.
Tapi nampaknya rancangan tu terpaksa
ditangguh bila Zariff, suami kecintaan Farahin yang bekerja di pelantar minyak
itu tiba-tiba saja muncul di lobi dengan bunga ros merah sejambak besar.
Farahin apalagi. Siap menangis sebab
terharu. Iyelah, suami tu dah hampir dua bulan setengah tak balik. Mahunya
isteri tengah mengandung sulung, lagi-lagi yang macam Farahin tak berdrama.
Suraya senyum simpul dengan kepala
tergeleng-geleng mengenangkan gelagat pasangan suami-isteri itu.
Naskhah al-quran saiz mini di atas rak
dicapai. Ada lagi empat puluh minit masa rehat. Suraya sudah hilang rasa nak
makan seorang. Sebab itulah dia naik semula ke ofis dan duduk di surau.
Penanda warna biru itu Suraya alih
sikit. Dia sudah sampai ke surah al-Ghifir. Sudah hampir nak sampai ke
penghujung al-quran. Kalau rajin sikit, harapnya bolehlah dia habiskan bacaan
hujung bulan depan.
Tapi itulah, kadang-kadang saja dia
rajin belek dan baca al-quran selepas solat subuh. Mood malas yang selalu
datang.
Istighfar dilafaz dua kali sebelum dia
mula membaca bismillah. Dengan nafas yang ditarik, Suraya mulakan bacaannya
dengan suara paling perlahan. Takut didengar orang dan takut juga mengganggu
kut ada jemaah lelaki di sebelah sana.
Pintu kayu bercat varnish ditolak
perlahan. Ada bunyi keriut sedikit. Naufal raup sisa wudhu yang masih menitis
dari muka.
Matanya terpandang ke arah langsir biru
gelap yang jadi pemisah untuk jemaah lelaki dan perempuan. Kain langsir itu
bergoyang ditiup angin. Spontan matanya ternampak kipas angin yang berputar.
Naufal sudah istighfar menyangka kipas
itu ditinggal tak bertutup bila tangannya tak jadi hendak menyelak langsir biru
itu. Suara halus dari balik tabir itu mematikan langkah dan gerak tangannya.
Sedapnya suara dia mengaji!
Siapa eh? Setahunya tiap kali dia solat
di surau kecil ini, belum pernah dia dengar ada sesiapa mengaji.
Naufal senyum senang hati di situ. Kalau
bukan disebabkan orang itu dah menyebut sadaqallahul a’zim, memang dia takkan
berganjak pun dari situ.
Lambat-lambat dia bergerak juga ke arah
rak dua tingkat yang menyimpan sejadah dan naskhah al-quran itu. Sejadah warna
merah dicapai. Sebelum meletak songkok di kepala, dia hidupkan sekali suis
kipas.
Saat takbir sudah diangkat itulah
telinganya tiba-tiba menangkap bunyi dering lagu Afgan-Padamu ku bersujud
diikuti suara orang itu menjawabnya dengan satu salam.
Suraya!
“Astaghfirullah al azim.” Tangan yang
sudah sedia di tepi telinga dia jatuhkan semula. Batal solat dia dibuatnya.
Bunyi dehem dari arah tempat solat
lelaki itu membuat Suraya laju-laju menyarung tudung kemudian capai telefonnya
keluar dari surau.
Ampun kalau mengganggu!
“Assalamualaikum, bah.” Ucapnya sebaik
saja selipar di kaki sudah selesa tersarung. Lambat-lambat dia bawa kakinya
masuk ke pejabat yang masih kosong. Agaknya semua orang pun masih santai-santai
lepas kenyang makan tadi.
“Waalaikumsalam. Ganggu along ke?.”
“Taklah. Along baru habis solat tadi.”
“Hah, baguslah kalau macam tu. Ni abah
ada benda nak cakap dekat along.” Abah berdehem lagi. Suraya sudah mula rasa
lain macam sebab abah bila bercakap asyik nak berdehem, maksudnya abah hendak
bercakap pasal benda penting.
Tapi benda apa pula kali ini ya?
“Petang ni, along balik awal sikit
boleh tak?.”
“Kejap along check jadual dulu. Kut ada
kerja lebih. Kejap ya bah.” Organizer di tepi komputer dibelek teliti. Kerja jadi
PA bukannya ada rutin tetap sepanjang masa. Takut juga nak berjanji awal-awal.
9.30 am – Hantar kertas kerja dekat En.
Naufal (√)
11.00 am – Siapkan draf surat jemputan
(√)
11.50 am – Call Hotel Hilton buat
reservation meeting hall ( √)
2.00 pm – Ingatkan En. Naufal meeting
dengan jabatan sumber manusia
4.00 pm – Discuss dengan Jabatan
Kewangan
“Hurmm, in sha Allah along boleh balik
awal hari ni. Kalau tak ada apa-apa halangan, dalam pukul 5.30 along balik. Kenapa,
abah?.”
Jelas dia dengar abahnya mengeluh lega
sambil mengucap syukur. Jadi makin berkerut dahi Suraya. Macam ada apa-apa saja
abah ni!
“Baguslah tu. Along nanti boleh tolong
umi masak untuk dinner.”
“Baik, abah.” Kerut lagi. Pelik abah
ni. Bukan memang dia dengan Sumayyah bergilir tolong umi di dapur ke tiap
malam?
“Kita ada special guest malam nanti. Along
balik awal tau. Okeylah, abah nak sambung kerja dulu ya. Assalamualaikum.”
Suraya sudah terkedu di kerusi. Abahlah kan,
belum sempat dia nak soal-selidik siapa gerangan tetamu istimewa abah tu,
panggilan dah terputus. Skrin Blackberry yang sudah jadi gelap dia tenung
dalam-dalam.Siapa ya?
~ Aku berniat nak jadikan cite ni novel yg dibukukan n dicetak............~
Bukukan lah pleasee...
ReplyDeletet.kasih... :)
DeleteTlg pnjang kn skit bleh x..heheheheh..spe plak yg istimewa sngat sampai ayah dia call 2.
ReplyDeletespe plak yg istimewa sangat sampai ayah dia call..jeng2
ReplyDeletedialu2 kan sangat agar segera dibukukan.....
ReplyDelete--za--
t.kasih... :)
Delete