Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, February 21, 2013

Jangan Sentuh Hatiku 17



17
Niatnya tadi dia dan Farahin hendak keluar makan di tempat biasa. Restoran makanan utara yang gulai kawahnya sedap sangat dan dekat pula dengan masjid. Jadi tiap kali lepas makan, senanglah mereka singgah solat sekali.
Tapi nampaknya rancangan tu terpaksa ditangguh bila Zariff, suami kecintaan Farahin yang bekerja di pelantar minyak itu tiba-tiba saja muncul di lobi dengan bunga ros merah sejambak besar.
Farahin apalagi. Siap menangis sebab terharu. Iyelah, suami tu dah hampir dua bulan setengah tak balik. Mahunya isteri tengah mengandung sulung, lagi-lagi yang macam Farahin tak berdrama.
Suraya senyum simpul dengan kepala tergeleng-geleng mengenangkan gelagat pasangan suami-isteri itu.
Naskhah al-quran saiz mini di atas rak dicapai. Ada lagi empat puluh minit masa rehat. Suraya sudah hilang rasa nak makan seorang. Sebab itulah dia naik semula ke ofis dan duduk di surau.
Penanda warna biru itu Suraya alih sikit. Dia sudah sampai ke surah al-Ghifir. Sudah hampir nak sampai ke penghujung al-quran. Kalau rajin sikit, harapnya bolehlah dia habiskan bacaan hujung bulan depan.
Tapi itulah, kadang-kadang saja dia rajin belek dan baca al-quran selepas solat subuh. Mood malas yang selalu datang.
Istighfar dilafaz dua kali sebelum dia mula membaca bismillah. Dengan nafas yang ditarik, Suraya mulakan bacaannya dengan suara paling perlahan. Takut didengar orang dan takut juga mengganggu kut ada jemaah lelaki di sebelah sana.




Pintu kayu bercat varnish ditolak perlahan. Ada bunyi keriut sedikit. Naufal raup sisa wudhu yang masih menitis dari muka.
Matanya terpandang ke arah langsir biru gelap yang jadi pemisah untuk jemaah lelaki dan perempuan. Kain langsir itu bergoyang ditiup angin. Spontan matanya ternampak kipas angin yang berputar.
Naufal sudah istighfar menyangka kipas itu ditinggal tak bertutup bila tangannya tak jadi hendak menyelak langsir biru itu. Suara halus dari balik tabir itu mematikan langkah dan gerak tangannya.
Sedapnya suara dia mengaji!
Siapa eh? Setahunya tiap kali dia solat di surau kecil ini, belum pernah dia dengar ada sesiapa mengaji.
Naufal senyum senang hati di situ. Kalau bukan disebabkan orang itu dah menyebut sadaqallahul a’zim, memang dia takkan berganjak pun dari situ.
Lambat-lambat dia bergerak juga ke arah rak dua tingkat yang menyimpan sejadah dan naskhah al-quran itu. Sejadah warna merah dicapai. Sebelum meletak songkok di kepala, dia hidupkan sekali suis kipas.
Saat takbir sudah diangkat itulah telinganya tiba-tiba menangkap bunyi dering lagu Afgan-Padamu ku bersujud diikuti suara orang itu menjawabnya dengan satu salam.
Suraya!
“Astaghfirullah al azim.” Tangan yang sudah sedia di tepi telinga dia jatuhkan semula. Batal solat dia dibuatnya.


Bunyi dehem dari arah tempat solat lelaki itu membuat Suraya laju-laju menyarung tudung kemudian capai telefonnya keluar dari surau.
Ampun kalau mengganggu!
“Assalamualaikum, bah.” Ucapnya sebaik saja selipar di kaki sudah selesa tersarung. Lambat-lambat dia bawa kakinya masuk ke pejabat yang masih kosong. Agaknya semua orang pun masih santai-santai lepas kenyang makan tadi.
“Waalaikumsalam. Ganggu along ke?.”
“Taklah. Along baru habis solat tadi.”
“Hah, baguslah kalau macam tu. Ni abah ada benda nak cakap dekat along.” Abah berdehem lagi. Suraya sudah mula rasa lain macam sebab abah bila bercakap asyik nak berdehem, maksudnya abah hendak bercakap pasal benda penting.
Tapi benda apa pula kali ini ya?
“Petang ni, along balik awal sikit boleh tak?.”
“Kejap along check jadual dulu. Kut ada kerja lebih. Kejap ya bah.” Organizer di tepi komputer dibelek teliti. Kerja jadi PA bukannya ada rutin tetap sepanjang masa. Takut juga nak berjanji awal-awal.
9.30 am – Hantar kertas kerja dekat En. Naufal (√)
11.00 am – Siapkan draf surat jemputan (√)
11.50 am – Call Hotel Hilton buat reservation meeting hall ( √)
2.00 pm – Ingatkan En. Naufal meeting dengan jabatan sumber manusia
4.00 pm – Discuss dengan Jabatan Kewangan
“Hurmm, in sha Allah along boleh balik awal hari ni. Kalau tak ada apa-apa halangan, dalam pukul 5.30 along balik. Kenapa, abah?.”
Jelas dia dengar abahnya mengeluh lega sambil mengucap syukur. Jadi makin berkerut dahi Suraya. Macam ada apa-apa saja abah ni!
“Baguslah tu. Along nanti boleh tolong umi masak untuk dinner.”
“Baik, abah.” Kerut lagi. Pelik abah ni. Bukan memang dia dengan Sumayyah bergilir tolong umi di dapur ke tiap malam?
“Kita ada special guest malam nanti. Along balik awal tau. Okeylah, abah nak sambung kerja dulu ya. Assalamualaikum.”
Suraya sudah terkedu di kerusi. Abahlah kan, belum sempat dia nak soal-selidik siapa gerangan tetamu istimewa abah tu, panggilan dah terputus. Skrin Blackberry yang sudah jadi gelap dia tenung dalam-dalam.
          Siapa ya?





~ Aku berniat nak jadikan cite ni novel yg dibukukan n dicetak............~

6 comments:

  1. Bukukan lah pleasee...

    ReplyDelete
  2. Tlg pnjang kn skit bleh x..heheheheh..spe plak yg istimewa sngat sampai ayah dia call 2.

    ReplyDelete
  3. spe plak yg istimewa sangat sampai ayah dia call..jeng2

    ReplyDelete
  4. dialu2 kan sangat agar segera dibukukan.....

    --za--

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts