Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, May 29, 2009

sesuci kasih seorang isteri 16

“Abang?.”

Dahiku terasa hangat. Perlahan-lahan membuka mata. Isha?

“Sayang? Dah lama sampai?.”

“Baru nak buka tudung. Abang balik awal?.” Pipiku diusapnya sebentar sebelum dia bergerak ke meja solek. Menanggalkan tudung di kepala. Cantiknya dia….

“Abang ingat nak minum petang dengan sayang. Tapi Mak Kiah cakap Isha tak balik lagi.”

Dia senyum memandangku melalui cermin. “Isha dah masuk office. Abang lupa?.”

Lupa? Bila masa dia cakap nak masuk office semula?

Mungkin perasankan kerutan di dahiku, Alishah datang mendekat. Kesegaran tubuhnya tidak menampakkan dia terlalu sibuk di pejabat. Mungkin tadi dia cuma perlu memeriksa beberapa dokumen sahaja.

“Hmm…ini mesti papa Asha dah lupa kan? Isha ada cakaplah.”

“Ada ke? Bila?.”

“Ya Allah, waktu kita kemas dapur malam semalam. Isha cakap waktu cuti Isha dah habis. Abang cakap okey kan? Asalkan tak lupa baby dengan papa baby.”

“Ada ke?.” Kenapa aku tak ingat langsung? Tapi takkan Isha pandai menipu? Itu bukan peribadinya.




Sejak dua hari lalu aku tidak lagi menjenguk Sofea di hospital. Aku memang mahu singgah sebentar petang semalam tetapi kerana terlalu penat, akhirnya aku memecut kereta ke rumah.

Malam ini pula mama menjemput kami ke rumah. Ada kenduri untuk arwah nenek. Rutin mama setiap tahun. Sempena pemergian ibunya.

Sepanjang masa aku lebih banyak berada di sisi papa apabila kenalan-kenalan perniagaannya mengajak berbual sama. Membuat rundingan, mencari ruang dan peluang untuk memperbesar perniagaan masing-masing.

Alishah pula sekejap-sekejap naik ke bilik menjenguk si kecil yang sudah keletihan. Baru sahaja aku hendak mengetuai bacaan doa tadi, Asha sudah mula meragam. Menangis tak henti-henti.

Kesian juga dengan Alishah yang masih kepenatan kerana semasa aku sampai tadi, dia baru bertolak daripada rumah kliennya berbincang tentang rekaan rumah yang sesuai.

“Datanglah party I nanti. I send invitation card kemudian.”

Aku angguk saja. Party? Membosankan tetapi kalau aku tidak ke sana, aku akan menyepi dari mana-mana projek. Sepi jugalah poket dibuatnya nanti.

“Jangan lupa bawa wife you tu. Nanti masam muka wife I kalau kawan baik dia tu tak datang sama. Complain kata I tak jemputlah. Macam-macam.”

“Insyaallah, saya pun tak janji tapi kalau dah ada kesempatan, kenapa tak memenuhi jemputan orang, kan?.”

Terangguk-angguk Dato Munir. Senyumannya makin lebar. Tahu pula dia bercakap tentang wife, tapi yang dikepitnya sekarang entah anak dara dari mana pun aku tak pasti. Datin Hanni tak tau ke? Tak jealous?

“Zik, tak payah baliklah. Dah lewat ni. Apa salahnya spend time satu malam kat rumah ni?.”

“Bukan Zik tak nak, ma. Tapi Zik nak kena keluar awal pergi office esok. Isha pun sama. Isha mana ada baju kat sini.” Mama kalau tak memaksa orang bermalam, macam tak sah.

“Isha pun tak nak bermalam kat sini?.”

Alishah memandangku serba salah. “Isha boleh masuk lambat, ma tapi abang dah nak balik?.”

Mama senyum.

“Tak boleh, ma.” Aku bukan apa, kalau nanti aku dipanggil oleh Sofea tengah-tengah orang lain tidur, hah..siapa nak jawab? Mama dengan papa mesti tak duduk diam. Semua benda diorang nak tahu.

“Zik, tidur ajelah kat sini. Kalau tak malam ni, entah bila pula baru kau nak bawa Isha dengan Asha nak bermalam kat rumah kami ni.”

Papa pula dah masuk campur. Karang melawan, malu dengan Alishah. Akhirnya aku decide untuk tidur satu malam di sini. Mama bukan main happy terus membawa Alishah naik ke bilik. Memunggah semula pakaian Asha yang sudah berkemas.

Begitu pun, aku meminta diri juga balik ke rumah mengambil pakaian mana yang perlu. Lagipun kena juga cakap kat Mak Kiah yang dia kena tidur sorang di rumah malam ni.

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts