Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, May 2, 2010

Mr & Mrs BFF 21

Dari jauh dia sudah dapat melihat lambaian tangan Amri. Dia melajukan langkahnya menolak troli berisi dua buah beg yang ada terus keluar.
“Assalamualaikum.”
Langkahnya terhenti. Amishah diam sebentar dengan mata bulat memandang ke hadapan. Amri turut datang mendekat.
“Abah? Mak?.”
Haji Rusdi angguk dengan senyuman. Begitu juga dengan Mak Biah yang senyum memanjang sejak tadi. Dia segera menghulur tangan mahu bersalaman namun tubuhnya ditarik ke dalam pelukan erat Mak Biah. Sama eratnya dengan pelukan seseorang.
“Syukurlah kalau kamu dah berbaik, Mishah. Mak harap lepas ni, tak ada lagi cerita-cerita buruk pasal kamu dengan Khusyairi.”
“Abah doakan benda yang sama untuk perkahwinan kamu berdua ni. Dah nikah ni, pemikiran kenalah berubah. Jangan di takuk lama lagi.” Bahunya ditepuk mesra Haji Rusdi. Amishah angguk sungguh-sungguh.
“Alah, mak, abah. Am rasa tak cukup lagi ceramah tu. Apa kata kita balik rumah sekarang, boleh sambung nasihat dekat anak perempuan kesayangan mak dengan abah ni lama-lama. Biar padan dengan muka dia.”
“Hish, abang ni! Tak sayang mulut.” Amishah sudah menjeling geram menyebabkan ketiga-tiganya ketawa perlahan.
“Dah..dah..cukuplah tu. Abah pun rasa kita kena bertolak sekarang. Jauh perjalanan kita ni.”
Beg yang tadinya bersusun di atas troli kini sudah berada di tangan Haji Rusdi dan Amri. Amishah berjalan lambat-lambat di belakang bersama ibunya namun sekali-sekala matanya seakan terpandang ke arah balai ketibaan. Teringat seseorang yang sudah jauh ketinggalan. Tanpa sedar, ada air hangat bertakung di tubir mata.
“Kenapa, Mishah?.” Tegur Mak Senah kerisauan. Melihat Amishah berpura-pura ketawa, risaunya tetap tak hilang.
“Tak ada apalah, mak. Mata masuk habuk ni. Dah berair dah.”
Mak Senah cebik bibir. “Masuk habuk boleh buat mata kau berair? Bukankah selama ni kau tu kalau pasir seguni masuk mata pun kau masih boleh ketawa? Ke ada apa-apa masalah ni sebenarnya?.”
“Hish, mak ni!.” Amishah gelak kecil. Adakah patut dia dikata begitu oleh ibunya sendiri?
Dulu-dulu memanglah dia tahan lasak sebab dia berkawan dengan lelaki. Kerja-kerja mengaut pasir Tok Bakar untuk dibuat tembok pertahanan memang perkara biasa bagi dia dan Khusyairi dulu-dulu. Sampaikan mereka digelar mesin jengkaut oleh Tok Bakar pun mereka tak kisah.
Ah, rindunya zaman dulu...tapi dia lebih rindu zaman dia sudah bergelar isteri kepada Khusyairi...kalau dulu main bersama, sekarang sudah tidur bersama, makan bersama, semuanya bersama-sama...
“Mishah, mak ni mungkin tak sekolah tinggi tapi mak takkan silap menilik perasaan anak-anak mak. Terutama sekali engkau.”
Amishah yang sudah bersedia meloloskan diri masuk ke tempat duduk belakang terhenti seketika. Berfikir-fikir dan akhirnya mengangguk.
Betullah...Mak Senah kan emaknya...yang melahirkan, mengasuh dan membesarkannya...yang terpaksa menghadapi segala macam karenah anak-perempuan-yang-tak-serupa-perempuan ini.
“Kalau ada masalah tu, cakap. Jangan nak simpan sendiri. Nanti itulah jadinya, buat keputusan macam orang tak ada akal. Boleh pergi macam tu aje tinggalkan suami.”
“Yelah, mak. Mishah tak buat lagi.”
“Hurm..” Mak Senah cepat masuk. “Kau tu dari kecil cakap yelah,mak. Mishah tak buat lagi tapi nanti-nantinya melopong jugalah emak ni tengok kau. Macam dulu-dulu kau buat dengan mak dan abah kau.”
Macam dulu....sudah sekali didapati mencuri-curi keluar ke rumah Khusyairi selepas dia baru sahaja memasuki akil baligh dan dirotan tapi akhirnya sekali lagi Amishah ditemui sedang enak makan jambu batu di dapur rumah Khusyairi.
“Mak janganlah cakap macam tu, mak. Mishah sekarang dah berubah. Mishah kan dah jadi isteri orang.” Dia cuba membela diri. Memanglah dia gila-gila sikit tapi sejak kejadian lari ke Kuantan dulu, insaf....



“Mishah nak masuk dululah, mak, abah. Nak berkemas. Esok dah kena pergi sekolah pula. Letihnya.”
Amishah menggeliat panjang di atas sofa. Haji Rusdi sudah tergeleng-geleng. Kalau ikutkan, dia lebih suka kalau semalam anaknya kembali ke mari. Sekurang-kurangnya hilang juga letih perjalanan. Boleh berehat.
“Solat isya dulu baru tidur. Mak dah gosokkan baju kurung kau dalam bilik tu.”
“Hurmm...terima kasih, mak.”
Dengan langkah longlainya, dia bergerak malas mengangkut beg masuk ke dalam bilik. Matanya sudah terasa berat yang amat sekarang. Kalau tak mengingatkan dosa, mahu saja dia tidur.
“Huagrgh...penatnya, Ya Allah..”
Sekali lagi dia menggeliat. Baru saja dia berkira-kira mahu membaringkan tubuh ke tilam, telefonnya tiba-tiba menjerit kuat di dalam poket beg. Ri?
Kelam-kabut dia menyelongkar mencari telefon bimbitnya namun lain yang dicari, lain pula yang dia temui. Mahu terjerit dia melihat ‘benda’ yang tersembunyi di celah-celah pakaiannya itu.
Ri!!!!!
Ri ni ada niat apa-apa ke? Buang tabiat agaknya dia?
Deringan telefon sekali lagi mengejutkan dirinya. Amishah lekas mencapai telefon bimbitnya. Butang hijau terus ditekan.
“Assalamualaikum, sayang.” Suara itu lebih awal menyapa. Amishah ketap bibir. Mahu marah tapi sayunya suara itu lebih mengisi hati.
“Ri, waalaikumsalam.”
“Sayang dah sampai rumah kan? Apahal langsung tak call waktu sampai airport tadi? Risau dibuatnya.”
Risau?
“Ri, apa yang kau sorok dalam beg aku tadi pagi hah?.”
“Sorok?.” Khusyairi tiba-tiba ketawa kuat.
“Hish, gelaklah pula dia ya. Cakaplah apa yang kau pergi sorok dalam beg aku tadi. Kalau tak aku end up call ni.”

p/s : Ampuuuuuuuuunnnnnnnn....huhuhu....lama kan x update..lupa last post bila..hari khamis lepas tu saya sibuk pack hadiah tuk my students, then ri jumaat lak saya terus balik kampung..arinilah saya mampu bagi yg baru..hehe..esok dah masuk IP semula, x yah g sekolah lagi dah...wee....oh ya, banyak cakap lak...enjoy reading yer, friends....

9 comments:

  1. ni entry 21 lar,bukan 22.Heheh lama tk update smpai lupa entry no. brape ehk.

    ReplyDelete
  2. oh...alamak, hehe..malunya..sori2...tq betulkan saya erk..

    ReplyDelete
  3. apa yg khusyairi letak dlm beg tyea tu tyea??? hohoho ni mesti mende merapu nih! hahaha

    ReplyDelete
  4. haha..yelah tu,kak..kita tunggu jer apalah mendanya tu..

    ReplyDelete
  5. ala..pendek sangat la kak tyea..nak lagi..eheheh..cepat2 update yer kak^^
    xsabau dah ni..keep up writing...

    ReplyDelete
  6. suprise ni..........................

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts