Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, August 3, 2010

Mr & Mrs BFF 41

salam...sesiapa yang malas dan takde mood nak baca, tak apalah..berehat dulu..yang sudi membaca, saya mengalu-alukan dengan berbesar hatinya..cuma please, janganlah tinggalkan komen yang terlalu melukakan hati..saya tahu tanpa korang, siapalah saya ni..saya pon kena profesional, tak bolehlah sensitif tapi, well, honey, I'm still a human...huhu..


“Mishah?.”

Langkahnya terhenti seketika. Di hadapannya, Kamariah berdiri memandangnya dengan kerutan di dahi.

“Mak?.”

“Kamu nak pergi mana? Bukan dah solat ke?.” aju wanita itu sedikit hairan. Amishah lekas memandang sekeliling. Patutlah…dia sedang menuju ke arah surau. Tempat yang sudah dia tuju tadi.

“Err…mak tak balik ke?.”

Bukankah tadi mereka semua sudah pergi semasa dia berada di surau? Apa pula yang dilakukan emak Khusyairi di sini?

“Mak dengan ayah duduk sini. Ingat nak rehatkan kamu sekejap. Sejak semalam kamu jaga Khusyairi, nanti kamu pula yang jatuh sakit. Mishah pun tak makan lagi kan?.”

Makan? Segarit senyuman paksa diukir Amishah. Saat-saat seperti ini, dia sendiri terlupa perutnya belum terisi sejak pagi tadi. Oh Tuhan, dia terlupa zuriatnya yang memerlukan khasiat dari setiap apa yang dijamahnya…

Maafkan mama…perutnya diusap sekali lalu. Sehingga dia teringatkan Kamariah yang masih memandang, tangannya pantas dialihkan ke pipi.

“Lapar, mak.” Dalihnya.

“Itulah mak kata. Mak dah suruh abah dengan mak Mishah tunggu dekat luar. Mishah balik dulu, jangan lupa makan dan berehat. Petang nanti ayah balik ambil Mishah.” Tubuhnya diraih mesra ke dalam pelukan Kamariah. Wanita ini emak Khusyairi, emak mertuanya…tidakkah dia tahu siapa perempuan yang sedang bersama dengan anaknya saat ini?

“Yalah, mak.”

“Pergilah. Mak nak masuk tengok Ri macam mana.”

Dia lekas mengangguk akur. Namun beberapa langkah ke hadapan, namanya dipanggil sekali lagi. Kamariah memandangnya dengan pandangan yang sama seperti tadi. Bersama kerutan berlapis di dahi.

“Mak nak pesan apa-apa ke?.” mungkin ada apa-apa keperluannya yang tertinggal di rumah dan perlu dibawa ke mari.

“Tak nak salam dengan Ri dulu?.”

Semangkuk sup bersama cendawan tiram di atas meja tidak mampu menarik minatnya sama sekali. Bukannya dia tidak lapar. Perutnya sudah berbunyi sejak tadi namun tekaknya langsung tidak boleh menerima sebarang makanan.

Haji Rusdi dan Mak Biah sebaik sahaja selesai makan tengah hari tadi mengambil peluang merehatkan diri. Kasihan juga dia kepada kedua orang tuanya yang tidak pernah lupa melawat Khusyairi di hospital.

Khusyairi….fragmen lelaki itu ada di mana-mana. Tambahan pula di dalam rumahnya yang sunyi-sepi ini. Dia rindu tetapi rasa kecewanya bagaimana? Siapa yang akan mengubatinya?

Dalam tubuhnya sedikit letih, kakinya bergerak menuju ke bilik utama. Tiba-tiba sahaja hatinya tergerak mahu ke situ. Mencari bayangan lelaki itukah? Entahlah.

Berkeriut bunyi pintu bilik ditolaknya. Katil kembar Khusyairi nampak tidak terurus. Selimut masih belum berlipat di atas katil. Mungkin Khusyairi terlambat bangun sebelum dia ditimpa kemalangan ini. Berbezanya lelaki yang sudah beristeri dan lelaki yang masih hidup sendiri.

Tapi nampaknya keadaan yang dialami Khusyairi tidak banyak bezanya dengan lelaki-lelaki bujang di luar sana. Tidurnya bersendirian…makan pakainya tidak dijaga..sama sahajalah dengan lelaki bujang.

Tapi…iyakah tidurnya cuma bersendirian? Hanya berdua apabila dia datang ke mari? Betulkah? Perempuan itu?

Argh…astaghfirullahalazim…astaghfirullahalazim…terlalu jauhnya fikirannya menerawang..nauzubillahiminzalik….Ya Tuhan, jauhkan semua itu daripada suamiku yang satu itu…peliharalah dia, luar dan dalam…

Pintu almari kayu yang terletak di tepi dinding dihampiri. Beberapa helai kemeja dan baju melayu tersangkut kemas. Dia ingat, baju-baju melayu ini dia yang mengemaskannya dulu. Masih seperti dulu. Apakah cintanya juga masih seperti dulu?

“Abang….”

Sentuhannya terhenti di bahagian terakhir laci almari Khusyairi. Dia tidak berniat mahu membukanya namun tangannya sudah bergerak dulu. Diselaknya beberapa fail kerja Khusyairi yang pelbagai saiz.

“Eh?.” Gerakan tangannya terhenti pada fail biru jernih di antara dua buah fail berwarna hitam itu.

Surat perjanjian? Matanya berlari pantas membaca sebaris demi sebaris ayat yang tertera pada kertas putih bersih di tangannya. Degupan jantungnya terasa tidak senada. Setitis dua air hangat mengalir lemah menuruni pipi. Selemah dirinya saat ini.

Khusyairi….sedarlah cepat, bang!!!!

9 comments:

  1. surat perjanjian ape,,,
    nk lg,,,

    ReplyDelete
  2. surat perjanjian ape ???
    yg mase mula2 depa kawen dulu ker???

    ReplyDelete
  3. pe yg tulis kt surat perjanjian tu??
    mahu tahu!

    ReplyDelete
  4. lor, naper cedey ngt nie..bile khusyairi nk sdar? biar r shah n khusyairi bhgia....

    ReplyDelete
  5. aduss.................. perempuan gedik tue tak kantoi lak ngn fam si khusyairi... hurmm.....

    nak la panjanggggggg skit........

    ReplyDelete
  6. Tyea marah? merajuk ke?
    Maaf kalau komen yg smlm tu meruntun hati Tyea..
    ai tak maksudkan apa2..
    ai tetap sokong yu..
    kalau komen ai semalam tu buat yu merajuk,ai minta maaf byk2 ekk..

    siapa kata ai dah bosan dgn citer yu?
    siapa cakap? huh..
    ai tetap baca hasil kerja yu biar boring mcm mana pun..
    sorry ekk..

    erkk..by the way, ada benda nak tanya nih...
    perjanjian apa yg mishah jumpa tu?
    perjanjian atr kusyairi dan dato tu ke?ermm...

    ReplyDelete
  7. cepat smbung...nk tau ag~~~
    still 4low ni kak tyea..

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  8. to all of u, guys...thanks pada yg korang yg sudi membaca..I hargai u all..I tak maksudkan sesiapa..huhu..

    ReplyDelete
  9. ~perjanjian ant. ri ngn datok tuh ke??
    yang klu syah pregnant, dia kan ditukarkan ke semenanjung??
    huhu..memandai je..~~

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts