Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, August 22, 2010

Mr & Mrs BFF 46

Dalam kepayahan, dia sekadar mampu menadah telinga. Dia enggan mendengar namun tak terdaya rasanya dia hendak menahan. Perutnya terasa terlalu pedih, bagai ditusuk sembilu.

“Mak tak akan benarkan kau ambil keputusan mendadak begini, Ri.” Itu suara emak mentuanya. Entah apa yang mereka perkatakan.

“Ayah rasa, kamu berbincanglah dulu dengan Mishah sedalam-dalamnya. Dalam keadaan isteri kamu begini rasanya ayah tak restu kalau kamu tetap dengan keputusan yang sama.”

Nafasnya terasa semakin sukar dihela. Kalaulah dia punya kudrat dan kekuatan, hendak rasanya dia bangun dan mengarahkan semua orang di sekelilingnya saat ini keluar. Dia benar-benar mahu bersendirian.

“Jangan nak memalukan kami, Ri. Nanti apa pula kata mak dengan abah kamu kalau kamu buat anak diorang begitu?.”

“Tapi, ayah..”

Bunyi kerusi ditolak perlahan ke belakang. Mungkin ayah mertuanya sudah tidak mahu meneruskan sebarang perbincangan.

“Benda ni kecil sangat untuk kamu ambil keputusan seberat ini, Ri. Cubalah gunakan sedikit otak tu. Berfikirlah macam mana manusia sepatutnya berfikir. Hanya disebabkan Mishah rahsiakan kandungan dia, kamu sampai nak…”

“Bagi ayah mungkin kecil tapi tidak bagi Ri.” Suara Khusyairi masih perlahan tetapi ketegasannya jelas di situ.

Jadi Khusyairi marahkan dirinya yang merahsiakan kehadiran bayi di dalam kandungannya ini? Itu saja? Dan apa pula keputusan berat yang ingin dia ambil? Berpisah? Berpisah hanya kerana rahsia sekecil ini?

Amishah menggerakkan tubuh. Dia mahu bersuara. Kalau tadi dia lebih suka ditinggalkan bersendirian, kini dia mahu berterus-terang pula dengan lelaki itu. Lelaki yang suatu ketika menjadi pendamping paling dia dambakan.

“Walau apa pun, ayah dan mak tak mahu dengar kamu lepaskan Amishah. Dia menantu kamu dunia akhirat. Sampai bila-bila pun takkan ada perempuan lain yang boleh menggantikan tempatnya.” Itu suara emak mertuanya yang ternyata jauh lebih tegas daripada suaminya.

Oh Tuhan…jadi memang benar Khusyairi menuntut perpisahan?

“Mak..ayah…”

“Tak payahlah cakap lagi. Dulu bukan main kamu cintakan Amishah. Kamu junjung dia macam tuan puteri. Tiba-tiba sebab kesalahan kecil ini kamu nak lepaskan peluang terus menjadi suaminya?.”

Ya Allah….

Begitu banyak kesalahan lelaki itu selama ini, mengapa dia cuma mendiamkan semuanya? Sedang dia cuma merahsiakan kandungannya dan ini hukuman yang perlu dia terima?

“Jadi macam mana dengan kesalahan demi kesalahan yang abang lakukan selama ni?.”

Dia mahu bangun, membuka mata dan melafazkan kekesalannya pada Khusyairi. Biar lelaki itu sedar daripada mimpi siang harinya.

“Siapa pula perempuan yang datang cari abang dekat hotel dulu? Perempuan sombong yang menghina shah dulu?.”

Atau mungkin ini yang akan dia lafazkan dulu…

“Abang buat perjanjian dengan Datuk Rahman yang abang takkan kahwin selama mana abang bekerja dengan lelaki tu? Melainkan dengan anak perempuannya? Jadi siapa shah pada abang sebenarnya?.”

Oh Tuhan…..kalaulah dia punya kekuatan untuk melakukan itu semua…hendak terus bernafas pun dia seakan tidak mampu, apalagi untuk bangun dan bersemuka dengan Khusyairi…

Ah…Ya Allah…Ya Rabb…Engkau lebih mengetahui tiap sesuatu yang terjadi…


p/s : Huhu..takut n bersalah so penaja bercakap dekat bawah..hee..suri erk..jangan tanya napa pendek bab cik siti ni memang cenggini..adakala boleh memanjang duduk depan laptop berangan sambung cite tp banyak kalanya cuma duduk termenung x dapat pikir apa2..haha..

7 comments:

  1. ala,,,
    xnk la ri lepaskn shah,,,
    xnk la....

    nk lg,,,

    ReplyDelete
  2. baby dia ok ke x ni???

    ReplyDelete
  3. ~ala..
    shah, cakap la,. jgn sekadar monolog sj..
    hal x kan selesai klu ianya dipendamkan..~~

    ReplyDelete
  4. Nice one!
    good job Tyea..

    tapiii....
    Ri nak ceraikan shah ke?
    haa..boleh sangat la tu..
    nanti Tyea tolong kenalkan Ri kat saya yerr..kekeke

    ReplyDelete
  5. bengang tul dgn khusyairi ni................

    ReplyDelete
  6. smbung kak tyea...
    biakan pendek asal slalu update...
    hihihiiiiii...

    >>niCk<<

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts