Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, August 6, 2010

Mr & Mrs BFF 42

Salam...


“Sayang…sayang…”

Kamariah mengalihkan pandangan ke arah Khusyairi. Melihat matanya yang bergerak perlahan-lahan itu, ucapan syukur meluncur laju di celah kedua bibirnya.

“Ri? Ya Allah, Alhamdulillah nak. Dah sedar ya?.” Kedua belah pipi Khusyairi dikucupnya berkali-kali. Syukur Alhamdulillah, anak kesayangannya ini sudah sedar. Risau hatinya bukan kepalang mengenangkan Khusyairi. Kini dia sudah sedar, dia berdoa segalanya akan kembali seperti biasa.

“Mak?.”

“Ya, sayang. Mak ni.”

Kerutan di wajah Khusyairi dielusnya berkali-kali. Sedikit kesan calar pada wajahnya sudah kelihatan agak kering. Tidak lagi seperti semalam.

“Mana Mishah, mak? Isteri Ri tak datang ke?.” soal Khusyairi dengan suara lemah. Matanya melilau ke seluruh ruang bilik wadnya. Hampa, sekujur tubuh Amishah yang dia harapkan berada di sisinya, langsung tidak kelihatan.

Masih merajukkah dia? Sampaikan perkhabaran dirinya seburuk ini pun tidak mampu menggugah rasa simpatinya, sekurang-kurangnya kalau pun sudah tiada rasa sayang di situ.

“Mishah ada. Sepanjang malam dia di sini. Sejak semalam sampailah tengah hari tadi tapi mak suruh dia balik. Dia pun nampak letih sangat. Mukanya pucat. Risau mak dibuatnya.”

“Letih? Pucat?.”

“Mungkin dia letih sebab langsung tak nak balik ke rumah. Dia merayu nak temankan Ri di sini.”

Maksudnya, Amishah sudah memaafkannya? Syukurlah. Dia mahu senyum, mahu bangun memeluk tubuh Kamariah namun kesakitan pada luka di tubuhnya menghalang sebarang pergerakan.

Kalaulah Amishah sendiri berdiri di hadapannya saat ini, insyaallah dia mahu mencuba melawan sebarang kesakitan yang ada untuk memeluk dirinya. Rindu…dia terlalu rindu pada Amishah..

“Bila lagi Mishah nak datang, mak? Ri rindu nak tengok dia.”

Kata-kata Khusyairi mengundang senyuman nakal di bibir Kamariah. Baguslah kalau hubungan anak menantunya elok dan mesra.

“Rindu ya? Dengan mak tak rindu pula?.” usiknya mencuit juntaian rambut anak lelaki sulungnya itu.

“Mak, dalam hati Ri, sampai bila-bila pun Ri tetap akan rindukan mak, ayah, abah dan mak. Ri tetap anak mak dengan ayah, kan?.”

“Baguslah macam tu, Ri. Mak gembira dengan kamu cakap macam tu.”

Khusyairi mengerdipkan mata. Kepalanya masih tidak mampu diangguk terlalu kerap. Sakit. Perit. Mungkin saja kesan palang besi yang jatuh menghempap dirinya masih belum hilang.

“Tapi Ri sayang lebih dengan shah. Bolehkan?.” Soalnya sedikit bodoh mengundang ketawa lucu Kamariah. Kepalanya sudah tergeleng-geleng memandang Khusyairi.

“Kamu ni kena hempap dekat badan ke dekat kepala?.”


7 comments:

  1. hoho,,,,
    ri da sedar,,,,syukur,,,
    shah,,dtg tgk ri nti eh,,,
    ri rindu shah,,,

    ReplyDelete
  2. wwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pendeknyer!!!!
    baru nak feel2... huhuhu

    ReplyDelete
  3. ~dah sedar..
    mishah, betapa sygnya ri pada kamu..
    percaya dan hargainya.~~

    ReplyDelete
  4. nak scene ri ngan mishah...
    pliz3...

    ReplyDelete
  5. haha...ri..ri..so sweet...
    next en3 please..pnjg sket..tp..
    x kisah la...asalkan slalu update...

    >qaseh alya<

    ReplyDelete
  6. mcm mane nk tgk epsd sblmnye..??
    kat mane.?

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts