Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, August 17, 2010

Mr & Mrs BFF 45

salam, maaflah sebab mengambil masa yang terlalu lama nak meneruskan karya tak seberapa ni..salam ramadhan, salam keberkahan, salam kemaafan...


Kepalanya tertunduk lekat memandang ke lantai. Fikirannya rusuh. Antara rasa gembira, sedih dan kecewa, dia tidak tahu perasaan apa yang dia rasakan saat ini. Dia mahu gembira tetapi rasa sedih lebih mengisi ruang hatinya. Kecewa malah sedikit rasa terkilan sebenarnya.
Sejauh ini dia dinafikan hak sebagai suami? Sampai hati Amishah memperlakukannya seperti ini.
Oh Tuhan…besar benarkah kesalahannya sampai begini sekali pengakhirannya?
Setitis dua air hangat menimpa pipi dikesat pantas. Dia tidak mahu menitiskan air mata saat ini. Bukan dia yang harus menangis. Bukan!
“Ri.” Kehangatan di bahunya membuat kepalanya perlahan-lahan diangkat. Haji Rusdi memandangnya dengan pandangan yang tidak mampu dia selami. Tiada sebarang reaksi pada wajah berkedut itu yang mampu dia telahi.
“Duduklah, abah.”
Lelaki tua itu akur. Melepaskan keluhannya sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu diduduki Khusyairi. Pandangan matanya singgah buat sesaat dua ke wajah Khusyairi sebelum dia melepaskan pandangan jauh ke hadapan.
Keluhan keduanya diikuti istighfar. Kerap benar dia mengeluh sejak kebelakangan ini. Sejak dia datang ke dalam lingkungan hidup anak dan menantu yang disangkanya begitu harmoni selama ini.
“Tak nak pergi tengok keadaan di dalam?.” Haji Rusdi bertanya dengan perasaan kosong.
“Entahlah, abah.”
Kepalanya terangguk-angguk. Dia faham. Malah mengerti benar. Kalau dia sebagai abah merasa kecewa dan terkilan, apalagi Khusyairi sebagai suami?
“Dalam hidup ni memang dugaan akan muncul dengan pelbagai cara, berkali-kali sampai ada masanya manusia jadi teramat lemah nak terus bertarung, bersabar menghadapinya.”
Pandangan Khusyairi jatuh ke lantai semula. Sebolehnya dia tidak mahu membicarakan perkara ini sekarang. Dia cuma mahu bersendirian. Mahu menenangkan perasaannya terlebih dahulu.
“Ri tahukan mengapa Dia perturunkan semua ni? Apa tujuanNya?.”
Dia cuma mampu menganggukkan kepala. Kalaulah bisa dia mempersilakan orang tua berhati murni di sisinya ini meninggalkannya sebentar…
“Kadang-kadang, ada benda yang kita rasa tak layak terkena pada kita. Kita dah cukup solat, jaga ibadah tapi tetap diuji.”
“Ya, bah.”
Kedua belah tangannya singgah ke bahu Khusyairi. Sedikit senyuman terukir mesra di bibir tuanya. Manusia bila ditimpa ujian, lemahnya mengalahkan orang yang berbulan tidak menjamah rezeki. Dia faham.
“Itu semua ujian, Ri. Jangan kata Ri, abah dengan mak kamu dulu pun bukannya semudah ini kami dapat kekalkan perkahwinan kami. Banyak sangat dugaannya. Cuma sabar atau tidak yang akan jadi penentu.”
“Tapi abah dengan mak lain…”
Dengusan Khusyairi memancing ketawa kecilnya. Sungguh indahnya hidup tetapi pahitnya adalah saat ujian datang menimpa. Gula di depan mata, hempedu di seberang lautan juga yang mahu dicapai.
“Tak ada yang lainnya, nak. Mak dan abah pun pernah muda. Malah mak dengan abah juga bernikah sebab orang tua. Awal-awal dulu, hampir-hampir kami berpisah disebabkan abah buat salah.”
Pandangan Khusyairi dikalih pantas. Haji Rusdi yang dibesarkan oleh seorang lelaki beragama sepertinya juga hampir pernah berpisah dengan emak?
“Masalah, macam-macam bentuknya. Kadang-kadang ada yang tak terduga.”
“Entahlah, abah. Saya rasa saya dah tak mampu nak teruskan semuanya.”
“Seperti yang abah kata tadi, bila berdepan dengan masalah, hanya sabar atau tidak yang akan menentukan apa yang akan terjadi.”
Sabar? Senyuman kecilnya muncul lambat. Jangan berbicara soal kesabaran dengannya kerana sehingga ke hari ini cuma kesabaranlah yang menjadikannya kuat untuk meneruskan hidup.
“Mungkin abah kuat, abah sabar tapi saya tidak.”
Haji Rusdi menarik perlahan tubuh Khusyairi. Anak muda itu dipaksanya memandang ke arahnya.
“Ri dah tak sanggup nak terus bersabar?.”
“Mungkin ini yang terbaik untuk kami, abah. Mishah pun..”
Ya, Amishah anaknya bersalah…mungkin itu yang akan diperkatakan Khusyairi sebenarnya.
“Abah harap Ri boleh fikirkan dalam-dalam benda ni. Jangan buat keputusan melulu. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Fikirkan anak dalam kandungan Mishah. Berbincanglah dulu antara hati ke hati. Dapatkan penjelasan.”
“Saya dah letih, bah.”

10 comments:

  1. oit2 ri... kau nak salahkn misha jew... kau tue... asal nikah tak nak bg tau org!!
    suka2 ati jew nak wat keputusan sendiri..
    cikguuuuuuuuuuuuu tak mo la..... huhuhu kn miz.nZz da teremo....uuuwaaaaaa........

    ReplyDelete
  2. rse nk bg pelempang je kt ri tu!!!!
    mcm la dye tu x buat slh.
    nk slhkan mishah sorg je plak.
    btowl tu miz.nZz, mmg emo bc n3 ni..
    huhu~

    ReplyDelete
  3. ala xnk la,,,
    nk shah n ri jg,,,,

    ReplyDelete
  4. jap2. khusyairi da nikah lain ke?

    ReplyDelete
  5. alah khusyairi nie...shah tak bagitau hal dia pregnat dah nak merajuk n angry..
    yang dia tak bagitahu hal syarat datuk tue n hal ina ngan shah dia tak fikir...
    apalah....
    tapi apa pa pun nak tengok mereka happy together lah...

    ReplyDelete
  6. Kusyairi tak puas ati sbb Amishah rahsiakan kandungan dia..dia bukan nak salahkan Amishah..cuma dia merajuk hati jer..yelah,setiap kali Kusyairi dtg memujuk, Amishah selalu je mengelak..lagi2 bila Kusyairi eksiden,bila Kusyairi buka mate je,dia tak nampak pun Amishah jaga dier..sbb tu lah Kusyairi rasa terkilan yang amat..

    Tyea,betul ke review aku ni?
    ya ampun kalau salah..

    makin menarik la Tyea..
    sambung panjang lagi..voleh??

    ReplyDelete
  7. bg aku 2-2 silap..satu je silap ri ngn mishah, "miscommunication"..dlm alam rumah tangga,,communication is very de important factor..klu diorg bleh muhasabah dri,duduk berbincang,sume ni xkan jd masalah..huhu

    ReplyDelete
  8. alaaaa.....k.tyea...sngaja nk menyeksa ni...
    dush dush...
    nasib baik rmdhan...klu x....gigit telinga tu...
    knpa ni????

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  9. Salam semua..jangan hairan yer sejak kebelakangan ni, aku dah malas nak reply satu2 komen korang kan? haha..cik siti, kerjanya asyik malas memanjang..haha..maaflah, tp x reply doesn't mean x baca..aku baca sorang2, senyum sorang2 then publish korang punya komen..after all, aku suuuka sesangat baca apa aje yg korang tulis walau ada yg kena baca 2 3 kali untuk set otak, komen ni bukan untuk buat ketawa..haha..yelah kekadang ada yg komen memvunuh tu, aku ketawa dulu baru sedar ia x lucu pun..haha..apalah aku ni..anyway, thanks 4 keep reading my story..luv u all..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts