Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, August 13, 2010

Mr & Mrs BFF 44

salam ramadhan..tahniah dan syukur untuk yang masih dapat berpuasa..bukan rezeki aku nampaknya, beberapa minit nak masuk waktu berbuka tadi, tup tup tengok dah 'bocor' lah pulak, bukan rezeki, apa boleh buat...


Lima pasang mata tertegun memandang ke arah yang sama. Lima pasang kaki terhenti melangkah. Lima jantung hampir berhenti berdegup namun hanya satu yang benar-benar terhenti. Tubuhnya tumbang ke lantai sebelum sempat ditahan sesiapa.

“Mishah!.”

Jeritan pelbagai suara bergema serentak. Suasana tiba-tiba menjadi cemas.

Haji Rusdi meraih tubuh anak bongsu kesayangannya. Lekas dia mendakap sebelum meminta bantuan Mak Biah mengangkat sama. Latiff sudah terburu mendapatkan seorang doktor.

“Mishah…sayang…” khusyairi menggagahkan diri bangun menghampiri tubuh Amishah yang sudah lemah terkulai di atas lantai. Sama sekali tidak dihiraukan pandangan marah Mak Biah dan Kamariah.

“Jangan datang dekat, Ri. Mak tak boleh tengok muka Ri sekarang.” Amarah Kamariah tidak lagi terselindung.

“Mak..”

“Pergi, Ri. Jangan sampai mak menjerit dekat sini.”

Tubuh Khusyairi disisihkan walau bukan dengan kerelaan. Dia sayangkan anaknya tetapi luka hatinya saat ini sebagai emak terlalu dalam. Malu pada Amishah. Pada kedua orang besannya yang sangat dia hormati.

“Ayah..” panggilnya. Antara berani dengan takut.

Haji Rusdi mengangkat kepala sedikit tinggi daripada menekur memandang lantai. Surah yaasin di dalam tangan segera dimasukkan ke dalam kocek.

“Khusyairi.”

“Ya, abah. Boleh Ri duduk di sini?.”

Sedikit senyuman lelaki tua itu sudah cukup melegakannya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu yang tersedia. Tadi dia sudah mendapatkan kebenaran doktor untuk keluar sebentar walau diarahkan segera kembali berehat di dalam bilik.

Kecederaannya sendiri masih belum sembuh sepenuhnya. Cuma dia hairan entah kuasa apa yang membuatnya menggagahkan diri bangun meninggalkan katil sebentar tadi dalam keadaan dirinya masih lemah.

“Doktor tak marah kamu keluar ni? Luka kamu macam mana?.” Haji Rusdi prihatin bertanya. Pandangan matanya singgah ke tubuh Khusyairi yang berbalut.

“Saya minta izin, abah.”

“Jangan menyeksa diri kalau tak mampu, Ri. Apa-apa berlaku lepas ni, abah tak pasti kalau abah mampu jaga kamu.” Keluh Haji Rusdi.

Bukan maksudnya hendak membiarkan anak menantu sulungnya ini cuma dia tidak pasti bagaimana penerimaan isteri dan anaknya terhadap Khusyairi saat ini. Selepas kejadian itu tadi.

“Abah..” tangan tua Haji Rusdi disentuh perlahan.

Senyuman Haji Rusdi nampak kelat dan tawar. “Abah tak paksa kamu bercerita tentang apa yang berlaku tadi. Abah tak berhak untuk tahu.”

Khusyairi mengangguk akur. Walau Haji Rusdi seolah tidak berkeinginan untuk meminta dia membuat penerangan namun dia yakin lelaki tua inilah paling sesuai untuknya bercerita.

Bukan emaknya. Bukan ayahnya. Dan sudah pasti bukan emak mertuanya.

“Ri minta maaf pada abah sebab lukakan hati semua orang. Mak, anak abah. Ri berdosa.”

Kata-kata itu mengundang senyuman yang paling sukar ditafsirkan maksudnya oleh Khusyairi. Haji Rusdi tiba-tiba mendaratkan tangan kanannya ke atas bahu Khusyairi.

“Tak perlu rasa berdosa sesama manusia, Ri. Rasa berdosa tu cuma layak kita rasakan bila kita melanggar perintahNya. Lagipun abah tak nak buat kesimpulan melulu. Kadang-kadang apa yang kita lihat melalui mata kita tidak semestinya benar.”

“Sebab itu Ri nak bercakap dengan abah. Ri tahu abah lebih memahami.”

“Teruskan, Ri. Abah dengar.”

Anggukan Khusyairi pantas dan padu. Tidak salah dia memilih untuk berbicara lelaki ini.

“Sebelum tu, Ri nak berterus-terang dengan abah. Berkenaan dengan perkahwinan Ri dengan Mishah. “

“Teruskan..”

“Sebenarnya abah, sebelum Ri berkahwin dengan Mishah, Ri ada…”

“Abang!.”

Kepala keduanya serentak mendongak. Mak Biah memandang cemas wajah Haji Rusdi yang masih berdiam diri.

“Kenapa, mak?.”

Mak Biah kekal mendiamkan diri. Fokus pandangannya hanya pada Haji Rusdi, membiarkan terus Khusyairi seolah tidak wujud di hadapan matanya. Marahnya pada suami Amishah masih membara. Masih mengisi ruang dada tuanya.

“Kenapa, Biah?.”

“Cepat, abang. tolong panggilkan doktor. Anak kita.”

“Kenapa dengan Amishah, emaknya?.”

“Dia berdarah.”


12 comments:

  1. mishah miscarriage?
    tanak laaa.
    hanya anak tu je yg boleh mengikat ri n mishah..

    n ap yg jadi sbnrnye nie??
    waaaa..curious2..

    ReplyDelete
  2. nape sikit sgt...
    tertunggu2 je tau...
    sambunglah lg

    ReplyDelete
  3. bleeding??????? jgnlah mishah keguguran...........kesian dia............

    ReplyDelete
  4. alaaaaaaaaaa, npe jd mcm 2...nk syairi n syah bhgia....sian ye org,,,,

    ReplyDelete
  5. oh no...
    jgn la mishah kguguran...

    ReplyDelete
  6. apa yg berlaku,,,??

    baby shah okay kn,,,??

    ReplyDelete
  7. waduh,apa dh jd nih..?
    Hrp2 baby + mishah ok.
    Apa dh buat sblm tu?

    ReplyDelete
  8. hhuhuh..bukan slah ri...kesian diaorg =(

    ReplyDelete
  9. besar sangat ke perjanjian yg Ri buat tu Tyea? sampai ia melibatkan atr hidup dan mati?

    plz jgn buat Mishah keguguran..bleeding tak semestinya gugur..ada jugak perempuan mengandung yg mengalami pendarahan tapi dapat jugak melahirkan baby dlm kandungan tanpa masalah..

    Tyea..
    cerita semakin menarik..
    buatlah panjang lagi yerr...

    ReplyDelete
  10. aper yg jadik sbenarnya nih???

    ReplyDelete
  11. awat guna word ..."berdarah" hehe...cam lucu lak...papepun bestttttttttttttttt

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts