Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, May 4, 2009

siapa yang salah? 2


Entah kenapa, satu hari ni aku langsung tak ada hati nak buka komputer. Jeling pun tak. Lalu aje depan meja komputer ni, aku terus tutup mata sampai nak terlanggar kat tiang. Betul!!!
“Mak, makan.”
“Kau makanlah dulu. Mak rasa tak sedap badan pula hari ni.”
Tak sedap badan? Kenapa kami sama ni? Aku pun rasa semacam aje. Lepas aje abang tinggalkan rumah pagi tadi, nak sentuh mee goreng kesukaan aku pun tak larat.
Ingatkan memang aku tak ada selera sebab mengantuk tapi nak pejam mata pun tak dapat juga. Asyik muka abang aje yang aku nampak.
Aduh, tak boleh jadi ni…
Bukankah orang cakap kalau kita rasa tak sedap hati ni, ada something bad may happen. Lah, orang melayu cakap. Aku tak pernah pula jumpa kat mana-mana buku. Tapi aku tetap takut. Manalah tahu betul-betul ada yang akan jadi?
Abang?
Dia dah lah naik motosikal kapcai aje pergi kerja. Nak jimat konon. Mak suruh beli kereta, jangan harap dia nak dengar. Kerja bank naik motor cabuk, sebab tu kot tak ada girlfriend.
“Sha, pergi angkat kain. Nak hujan.”
Hah? Nak hujan? Aku jenguk kat tingkap, memang hari dah nak hujan. Awan gelap sangat. Ada kilat pula tu. Lamanya aku melamun sampai hari dah nak hujan pun aku tak sedar.
Waktu nak kutip baju abang, baju t-shirt lusuh dia tu, makin terasa macam nak pecah jantung ni dibuatnya.
“Mak, nak kunci pintu ke?.” Aku menjerit dari dapur. Kira-kira lepas ni aku nak sambung melamun lagi kat bilik.
“Kuncilah. Kau nak tidur ke? Dah sembahyang?.”
“Ops..baru nak solat, mak. Lupa.”
“Lupa? Shamim, macam mana benda paling penting pun kau boleh lupa ni? Ini mak masih ada, bolehlah ingatkan. Nanti kau hidup sendiri, lama-lama kau tinggal sembahyang pula.”
Ish, mak ni. Cakap ikut suka hati aje. Suka sangat kot nak tengok aku kena tinggal jadi anak yatim.
“Hah, apa lagi tu? Pergilah sembahyang.”
“Ya, mak. Saya ambil wudhulah ni.” Menipu…apa boleh buat. Nanti aku mengaku aku masih merungut-rungut kat sini, tambah panjang mak membebel. Demam-demam pun masih nak marah.






Lama betul pula rasanya aku tidur. Waktu azan asar barulah aku sedar. Hujan lebat pula kat luar. Aku bergegas ke ruang tamu. Gelap. Sepi.
Mak tak bangun lagi? Demam dia makin kuat ke?
Kelam-kabut aku mencarinya tetapi bila aku ketuk pintu bilik, mak langsung tak beri respon. Biar betul mak ni. Aku ke dapur mengambil panadol dan air suam. Harap-harap sembuhlah demam mak.
“Mak?.”
Tidur lagi? Baru aje aku nak raba dahi mak, barulah aku perasan yang nafasnya langsung tak kedengaran. Dadanya tak berombak. Mak?
“Mak? Kenapa ni, mak?.”
Puas aku tanya. Aku menarik nafas paling dalam sebelum memberanikan diri mencari denyut nadi di pergelangan tangan mak. Tiada. Aku letakkan pula jari telunjuk di hujung hidungnya, tiada hembusan.
Apakah ini maksudnya…?
Mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga? Itulah yang aku alami sekarang. Mak dah pergi dan aku baru tahu satu rahsia.
“Sha, Sha tinggal dengan Mak Ngah ya?.”
Diam. Aku hilang idea. Hilang kewarasan akal fikiran. Apa aku nak buat? Aku sayang sangat dengan rumah ni. Ini ajelah kenangan aku dengan arwah mak dan ayah.
Tapi kalau aku nak tinggal juga kat sini…
“Sha, Mak Ngah nak sampaikan pesan arwah mak.” Aku baru saja hendak menenangkan diri selepas jenazah arwah mak selamat disemadikan di dalam liang lahad, ada lagi berita lain?
Perlahan-lahan aku melebarkan pandangan ke seluruh rumah. Abang sibuk mengemaskan bilik mak. Surah yaasin disusun di atas almari. Cadar putihnya ditukar. Tingkapnya ditutup. Dah nak senja pun.
Sejak semalam, sewaktu berita kematian mak sampai ke telinganya, kami sudah tidak berbual langsung. Mukanya muram dan terlalu keruh. Dia sampai ke rumah dan terus mendekati tubuh mak. Tanpa memelukku langsung walaupun air mataku sudah tumpah tanpa henti.
“Sha, boleh dengar Mak Ngah?.”
“Ya, Mak Ngah.” Lemah. Khabarkanlah apa saja. Mungkin hari ini dan semalam memang Allah dah aturkan sebagai hari untuk aku bersedih. Harap-harap adalah juga kekuatanku.
Mak Ngah membawaku masuk ke bilik mak. Aku disuruhnya duduk di atas katil. Dia pula ke almari kayu mak yang dah usang sangat tu.
“Ini pesanan arwah.”
Di tangannya ada sampul surat. Wasiatkah?
“Mak kamu pesan, benda ni cuma akan diserahkan bila dia dah tak ada.”
“Benda apanya, Mak Ngah?.” Lemah lututku. Aku ada buat salah apa selain selalu bergaduh dengan abang? Abang?
“Untuk Sha aje? Abang mak tak pesan apa-apa?.”
Mak Ngah diam. Dipeluknya aku sekejap.
“Sebenarnya…”
“Sebenarnya apa, Mak Ngah? Cakaplah cepat.” Gesaku semakin hilang sabar.

7 comments:

  1. ala..pandainye kak tyea wat suspen...
    nak lg!!!!

    ReplyDelete
  2. Kak tyea,
    sy sukala bc nvl Siapa yg salah? ni...
    menarik jln ceritanye.best sesangat...
    good luck k....

    ReplyDelete
  3. hey tyea...
    prmulaannya yg best...
    yg pntng ttap suspen...hihiii
    xsbar nk thu apa yg ada dlm wasiat 2...
    t smbng cpat2 tau...
    cte zikri ngn alisya pn smbng gak tau...

    ReplyDelete
  4. cepat sambung ye

    ReplyDelete
  5. sbenarnya apa kak tyea??
    aduiiii....

    ReplyDelete
  6. haah la
    curious tul nak tau
    suspen giler
    cepatlah sambung

    ReplyDelete
  7. bleh tahan...
    _aBaNgKeRaNi_

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts