Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, August 2, 2010

Mr & Mrs BFF 40

huhu...bosan erk dengan n3 semalam? Haha..okay..okay...sambungan Syah & Ri....oh ya, gambar cik sufian tu tak dapat tunjuklah malam ni...ada dengan kawan..dah 2 kali minta tp baru sikit yg dapat..nak minta sekali lagi, maluu..dia pun dah macam tahu something aje..haha..tak naklah malu lebih2..tunggu ajelah kalau dia nak bagi, aku tunjuk..tak handsome pun..haha..


Menyedari masuknya waktu solat zuhur, dia mengambil peluang meminta diri seketika menuju surau. Sementara ada orang tuanya dan ibu bapa Khusyairi, lebih baik dia bergerak sekarang.

Solatnya tidak sampai sepuluh minit. Perutnya tiba-tiba sahaja terasa pedih di rakaat ketiga solatnya tadi namun cuba juga ditahan sehingga selesai. Mungkin masuk angin. Sarapan tadi dia cuma meneguk air kosong buat mengalas perut.

Di saat-saat seperti ini, hampir dia terlupa si kecil yang kini menumpang di dalam kantung rahim. Bakal pengarang jantung dirinya dan Khusyairi.

“Anak mama..” Perutnya diusap sekali lalu. Dalam tidak sedar, ada air hangat mengalir turun ke pipi. Tuhan, tolong pelihara anak ini untuk suamiku…

Suami…ingatannya melayang kepada Khusyairi. Entah-entah sudah tamat waktu melawat saat ini. Dia lekas melipat telekung sebelum diletakkan semula di dalam almari kecil yang tersedia di situ.

“Pa, Ina nak stay dekat sini. Biar Ina yang jaga Syairi.”

Langkahnya spontan terhenti. Ina? Siapa itu? Siapa pula perempuan bernama Ina yang mahu menjaga..Syairi? sejak bila suaminya itu dipanggil Syairi?

Amishah berdiri tegak di depan pintu. Pelbagai persoalan berada dalam kotak fikirannya saat ini. Ke mana ibu bapanya saat ini? Tidak pun dia dimaklumkan andai kata mereka berempat sudah kembali ke rumah Khusyairi.

“Are you sure you want to stay here?.”

“Pa, takkan Ina nak tinggalkan dia dalam keadaan macam ni? Family dia pun satu. Takkan tak ada seorang pun yang sudi nak jaga Syairi?.”

“Okay then…go ahead. Cuma tolong call papa kalau ada apa-apa hal. Papa risau tinggalkan Ina dekat sini.” Suara parau lelaki itu masih terselit.

Debaran dadanya semakin pantas. Usapan di perutnya kaku sendiri. Dia mahu tahu siapa gerangannya mereka yang ada di dalam itu namun separuh lagi hatinya menolak. Adakah dia wanita sama yang mengunjungi bilik hotel mereka dulu?

“Oh ya, jam lapan pagi esok papa dah nak balik KL. Ina hantar papa, kan?.”

“Erm…tengoklah dulu, pa. Kalau Syairi dah okey sikit then I will see you at the airport.”

Ah, siapa dia? Begitu mengambil berat perihal suaminya, hatinya semakin mendesak mahu tahu. Ina?

“Okeylah, papa nak pergi dulu. Jangan lupa pesanan papa tau. Apa-apa hal sekali pun, telefon.”

Suara parau itu semakin kuat menunjukkan gerangan pemiliknya semakin hampir ke pintu. Amishah masih tetap berdiri di tempat yang sama. Hatinya sudah berbelah-bahagi : masuk dan bertanya sendiri siapa perempuan bernama Ina itu atau terus berteka-teki dalam rasa cemburu di luar sini.

“Bye, sayang. Jangan lupa.”

“Hish, papa ni!.”

Kuakan di tombol pintu menyedarkannya pantas. Entah mengapa, kakinya memilih untuk berundur menjauh sebelum dia berjalan menuju ke arah lain. Dia tidak melihat dan sememangnya enggan melihat siapa jua gerangannya lelaki dipanggil papa itu. Biarlah, siapa pun dia…

Apa yang dia tahu, hatinya sudah lebur dibakar. Mungkin dia membiarkan api cintanya buat Khusyairi terlalu marak hingga akhirnya dia sendiri yang terbakar. Khusyairi…sampai hatinya…oh, Tuhanku!!!



12 comments:

  1. eeeee...
    kenapa cerita ini pelik,,,
    si isteri jee yg mengalah...
    yang rupa bersalah...
    boringlah...
    keluarlah hal cerita yang sebenar,,,
    ini tak balik balik macam tue jugs...

    ReplyDelete
  2. np cerita nie smkn membosankn...
    amishah slalu jaa slh tafsir..
    cbe bagi cter nie menarik..

    ReplyDelete
  3. oh, sayang...sorry lah kalau membosankan..huhu..entahlah, yang..aku pon x tahu dah nak kata apa..mungkin aku memang dah bosan kot?haha...aku masih tak ada mood nak menyambung sekarang ni..nanti entah apa2 yang jadi..sorry..sorry..sorry..

    ReplyDelete
  4. amishah is totally annoying...
    ska wat anggapan sndr tnp usul peksa...

    ReplyDelete
  5. betul jugak apa kata kwn kat atas tu Tyea..
    sll sgt si mishah tu salah sangka..
    buat la jugak part mishah tu bersemuka dgn nuraina..
    pertahankan hak mishah yg syairi tu suami mishah..
    All the best to u sayangku Tyea..kekeke

    ReplyDelete
  6. betul tue ka tyea...
    buat lah si shah tue tahu hal yg sebenar...
    syairi tak tahu pun si ina tue suka kat die...
    akak pasti dapat buat punyeee...
    percaya pada kebolehan diri sendiri...
    gewd luck kak...
    dont give up ya....

    ReplyDelete
  7. dah bosan baca meleret leret cam neyh
    skit2 merajuk
    bkn reti nak periksa dulu

    ReplyDelete
  8. amatlah membosankan

    ReplyDelete
  9. menuju ke arah kebenaran~~~~~~~~~~~

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  10. sy sokong anonymous yg 1st..
    klo ade pompuan cmnih,xyah pujuk2,blah je trus..
    kasik warning kaw2 sket-dah le degil,ske jump to conclusion,bodoh sombong lak tuh...

    ReplyDelete
  11. bodoh laa mishah nie..haha

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts