Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, August 26, 2010

Susun Silang Kata 1

Assalamualaikum...salam ramadhan..cik siti letih sikit nak fikirkan sambungan kisah shah dan ri..being stuck for few days made me think of new story..cewah, english macam betul aje..haha..betul, aku tak dapat sambung cite BFF tuk beberapa hari ni. Kesian korang tunggu kan..ini cite baru aku yg datang sebab inspirasi..hihi..harap2 korang boleh layanlah sementara tunggu idea datang semula ya...peace...


“Excuse me, nona manis. Itu mak saya yang punya.”
Gerakanku terhenti terus sebelum kepalaku terus menoleh ke belakang. Menghadap seorang anak muda berseluar paras lutut berbaju lengan pendek.
“Erk?.”
Bibirnya menjuih pada sesuatu di tanganku. Ah…penyapu laman yang buruk ini maksudnya? Keningku sudah bercantum satu memandangnya. Mahu memastikan memang benda inilah yang dia maksudkan tadi. Dengan gaya sombongnya itu tadi.
Seketika aku terpempan melihat reaksinya. Reaksi menyampah tu!
“Hurmm…jangan nak buat-buat tak faham pula. penyapu yang awak pegang tu.”
“Eh?.” Tak diajar emaknya barangkali anak muda ini. Tapi kalau dilihat dari rupanya, aku kira dia sudah sebaya abang. masakan belum mampu berfikir bagaimana hendak berbicara dengan sesama manusia?
“Apa erk?”. Soalnya pula dengan nada yang budak sekecil Amirah pun mengerti kejengkelannya.
Belum sempat aku hendak menyerahkan penyapu ke tangannya, dia sudah terlebih dahulu datang menghampiriku. Merampas penyapu dengan sifat tidak sopannya. Tak sempat aku mahu berkata apa-apa.
Benda semurah penyapu pun hendak berkira? Ya Allah…entah manusia jenis apalah keluarganya ya? Aku pun bukannya tahu siapa yang empunyanya. Memandangkan penyapu itu ada di halaman rumahku jadi aku menganggap ia milik bekas pemilik rumah ini.
“Kedekut tak ingat dunia punya orang.” Marahku sebaik sahaja masuk ke dapur.
Umi memandangku pelik. Sayur sawi di tangannya diletak semula ke dalam besen sebelum dia datang mendekat.
“Kenapanya? Muka tak puas hati aje?.”
“Huh, tu budak sombong dekat sebelah tu, mi. menyampah betul siti tengok muka dia.” Apalah salahnya dia minta aje baik-baik? Eh, betul-betul mengganggu fikiran bila wujudnya manusia berperangai aneh dalam dunia ni.
“Budak sombong dekat sebelah? Siapa?.”
“Entah. Manalah siti nak pergi tanya siapa nama dia, mi. tapi siti memang sakit hati betul dengan dia. Tua bangka tak tahu nak bersopan.”
Kalau saja nanti aku berkesempatan membalas dendam, akan ku ajar dia cukup-cukup. Orang kalau duduk berjiran, berbaik-baiklah. Siapa tahu kalau nanti-nanti kita perlukan pertolongan? Jiran di sebelah jugalah yang kita ada.
“Erm..siti pun janganlah berdendam pula. kita orang baru dekat sini tau. Belum kenal lagi dengan sesiapa.” Itu pula pesanan umi akhirnya. Sangkaku dia hendak menyebelahiku.
“Lagipun kalau benci lebih-lebih, takut-takut suatu hari nanti jadi jatuh hati. Umi tak tolong.”
“Umi!.”
Ke situ pula fikiran umi.
Jatuh hati dengan lelaki seperti itu? Nauzubillahiminzalik…jauhkanlah aku daripada lelaki seperti itu. Simpang malaikat empat puluh empat.
Umi mengekeh ketawa mendengar jeritanku. Sempat lagi dia mengenyitkan mata sebelum bergegas ke ruang tamu menyambut papa.



Aku menolak pujukan umi yang mahu mengheretku sama ke rumah sebelah yang mengadakan kenduri doa selamat. Walaupun papa seakan hendak marah, aku cuma melebarkan senyuman manja. Isyarat yang aku tidak rela dipaksa.
Biar diheret sekali pun, tidak sudi aku hendak menjejakkan kaki ke sana. Nanti entahkan dilayan entahkan tidak oleh tuan rumah. Kalau penyapu pun dia berkira, apalagi bab makan minumnya nanti.
Bosan menghadap televisyen, komputer pula yang aku tatap. Sambil melayari internet di dalam bilik, mataku tertangkap sekumpulan lelaki di tepi pagar rumah sebelah.
Beberapa orang yang ku kira anak muda sedang seronok berbual sambil menghembuskan asap ke udara. Dan di antaranya termasuklah..si sombong!
Dia merokok?
Oh Tuhan…sekarang aku sudah ada dua sebab untuk tidak akan jatuh hati kepada lelaki sepertinya :
1. Sombong dan tak bersopan
2. Merokok!
Dalam hidupku, aku tidak melihat mana-mana lelaki yang merokok menyebabkan aku sudah punya stigma tersendiri, lelaki perokok tidak macho sama sekali! Papa tak merokok, begitu juga dengan abang.
Entah kenapa, hampir lima minit mataku melekat terus ke arah yang sama. Memerhati dan menilai dalam masa yang sama.
Lelaki itu ketawa melepaskan tumbukan ke bahu rakannya. Mesra pula! oh, adakah dia sebenarnya anti kepada perempuan jelita sepertiku? Ah, perempuan umumnya…
Eh, tapi…
Sangkaanku meleset sama sekali apabila tidak lama kemudian, dua orang gadis berkebaya ketat mengikut susuk tubuh datang menyertai kumpulannya. Dia dengan selamba memanggil seorang daripadanya datang ke sisinya.
Oh, rumusan kedua : mungkin dia anti perempuan bertudung macam aku yang tak seksi macam perempuan yang dipanggilnya tadi.
Buzz…buzz….
Ah…pemerhatianku terganggu seketika mendengar bunyi tersebut. Pandanganku beralih terus ke dada komputer. Melihat nama seseorang di ruangan yahoo messenger, senyumanku spontan terukir di bibir.
- Assalamualaikum…
- Waalaikumsalam…
- Sihat? Dah makan? Buat apa?
- Sihat, Alhamdulillah…tak berselera nak makan sebab umi tak masak apa-apa. 
- Ala..kesiannya Cik Nur…nak abang belikan makanan ke?
-  ……..yippiii….nak..nak..
- Bukan yippi lah, sayang…alhamdulillah..
- :O …sengih malu…okey, Alhamdulillah…pandailah nak hantarkan makanan. Betul ke? serius?
- Sayang ni, seriuslah…hurm, umi pergi mana by the way?
- Umi siapa?
- Umi kita…..:)
- Hish…hihi…umi kita pergi kenduri rumah sebelah..ada kenduri doa selamat.
- Oh…eh, rezeki tu, apasal sayang tak pergi?
- Tak ada hati nak pergi. Hihi. Eh, kata nak hantarkan makanan…orang dah lapar sangat ni.
- Opss…sorry, dear..hampir lupa. Okey, dalam setengah jam lagi abang sampai. Tunggu tau. Abang nak sign out dah. Assalamualaikum…
- Waalaikumsalam… … …
- Buzz…buzz
Senyumanku melebar saat menutup komputer sejurus kemudian. Kalaulah semua lelaki di dunia ini sebaik dirinya…akan berbahagialah semua gadis dan wanita walau dengan siapa dia bersama…
Bukan macam…
Sekali lagi aku mendonggakkan kepala memandang ke arah yang sama namun nampaknya sudah tiada sesiapa duduk di situ. Kawasan halaman rumahnya sudah kosong dan beberapa ketika aku mendengar alunan zikir dan selawat dari dalam rumahnya.
Hurmm…lelaki sepertinya pandaikah mengalunkan ayat-ayat suci seperti itu? Atau saja duduk-duduk dan mengunci mulut.

Sunday, August 22, 2010

Mr & Mrs BFF 46

Dalam kepayahan, dia sekadar mampu menadah telinga. Dia enggan mendengar namun tak terdaya rasanya dia hendak menahan. Perutnya terasa terlalu pedih, bagai ditusuk sembilu.

“Mak tak akan benarkan kau ambil keputusan mendadak begini, Ri.” Itu suara emak mentuanya. Entah apa yang mereka perkatakan.

“Ayah rasa, kamu berbincanglah dulu dengan Mishah sedalam-dalamnya. Dalam keadaan isteri kamu begini rasanya ayah tak restu kalau kamu tetap dengan keputusan yang sama.”

Nafasnya terasa semakin sukar dihela. Kalaulah dia punya kudrat dan kekuatan, hendak rasanya dia bangun dan mengarahkan semua orang di sekelilingnya saat ini keluar. Dia benar-benar mahu bersendirian.

“Jangan nak memalukan kami, Ri. Nanti apa pula kata mak dengan abah kamu kalau kamu buat anak diorang begitu?.”

“Tapi, ayah..”

Bunyi kerusi ditolak perlahan ke belakang. Mungkin ayah mertuanya sudah tidak mahu meneruskan sebarang perbincangan.

“Benda ni kecil sangat untuk kamu ambil keputusan seberat ini, Ri. Cubalah gunakan sedikit otak tu. Berfikirlah macam mana manusia sepatutnya berfikir. Hanya disebabkan Mishah rahsiakan kandungan dia, kamu sampai nak…”

“Bagi ayah mungkin kecil tapi tidak bagi Ri.” Suara Khusyairi masih perlahan tetapi ketegasannya jelas di situ.

Jadi Khusyairi marahkan dirinya yang merahsiakan kehadiran bayi di dalam kandungannya ini? Itu saja? Dan apa pula keputusan berat yang ingin dia ambil? Berpisah? Berpisah hanya kerana rahsia sekecil ini?

Amishah menggerakkan tubuh. Dia mahu bersuara. Kalau tadi dia lebih suka ditinggalkan bersendirian, kini dia mahu berterus-terang pula dengan lelaki itu. Lelaki yang suatu ketika menjadi pendamping paling dia dambakan.

“Walau apa pun, ayah dan mak tak mahu dengar kamu lepaskan Amishah. Dia menantu kamu dunia akhirat. Sampai bila-bila pun takkan ada perempuan lain yang boleh menggantikan tempatnya.” Itu suara emak mertuanya yang ternyata jauh lebih tegas daripada suaminya.

Oh Tuhan…jadi memang benar Khusyairi menuntut perpisahan?

“Mak..ayah…”

“Tak payahlah cakap lagi. Dulu bukan main kamu cintakan Amishah. Kamu junjung dia macam tuan puteri. Tiba-tiba sebab kesalahan kecil ini kamu nak lepaskan peluang terus menjadi suaminya?.”

Ya Allah….

Begitu banyak kesalahan lelaki itu selama ini, mengapa dia cuma mendiamkan semuanya? Sedang dia cuma merahsiakan kandungannya dan ini hukuman yang perlu dia terima?

“Jadi macam mana dengan kesalahan demi kesalahan yang abang lakukan selama ni?.”

Dia mahu bangun, membuka mata dan melafazkan kekesalannya pada Khusyairi. Biar lelaki itu sedar daripada mimpi siang harinya.

“Siapa pula perempuan yang datang cari abang dekat hotel dulu? Perempuan sombong yang menghina shah dulu?.”

Atau mungkin ini yang akan dia lafazkan dulu…

“Abang buat perjanjian dengan Datuk Rahman yang abang takkan kahwin selama mana abang bekerja dengan lelaki tu? Melainkan dengan anak perempuannya? Jadi siapa shah pada abang sebenarnya?.”

Oh Tuhan…..kalaulah dia punya kekuatan untuk melakukan itu semua…hendak terus bernafas pun dia seakan tidak mampu, apalagi untuk bangun dan bersemuka dengan Khusyairi…

Ah…Ya Allah…Ya Rabb…Engkau lebih mengetahui tiap sesuatu yang terjadi…


p/s : Huhu..takut n bersalah so penaja bercakap dekat bawah..hee..suri erk..jangan tanya napa pendek bab cik siti ni memang cenggini..adakala boleh memanjang duduk depan laptop berangan sambung cite tp banyak kalanya cuma duduk termenung x dapat pikir apa2..haha..

Tuesday, August 17, 2010

Mr & Mrs BFF 45

salam, maaflah sebab mengambil masa yang terlalu lama nak meneruskan karya tak seberapa ni..salam ramadhan, salam keberkahan, salam kemaafan...


Kepalanya tertunduk lekat memandang ke lantai. Fikirannya rusuh. Antara rasa gembira, sedih dan kecewa, dia tidak tahu perasaan apa yang dia rasakan saat ini. Dia mahu gembira tetapi rasa sedih lebih mengisi ruang hatinya. Kecewa malah sedikit rasa terkilan sebenarnya.
Sejauh ini dia dinafikan hak sebagai suami? Sampai hati Amishah memperlakukannya seperti ini.
Oh Tuhan…besar benarkah kesalahannya sampai begini sekali pengakhirannya?
Setitis dua air hangat menimpa pipi dikesat pantas. Dia tidak mahu menitiskan air mata saat ini. Bukan dia yang harus menangis. Bukan!
“Ri.” Kehangatan di bahunya membuat kepalanya perlahan-lahan diangkat. Haji Rusdi memandangnya dengan pandangan yang tidak mampu dia selami. Tiada sebarang reaksi pada wajah berkedut itu yang mampu dia telahi.
“Duduklah, abah.”
Lelaki tua itu akur. Melepaskan keluhannya sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu diduduki Khusyairi. Pandangan matanya singgah buat sesaat dua ke wajah Khusyairi sebelum dia melepaskan pandangan jauh ke hadapan.
Keluhan keduanya diikuti istighfar. Kerap benar dia mengeluh sejak kebelakangan ini. Sejak dia datang ke dalam lingkungan hidup anak dan menantu yang disangkanya begitu harmoni selama ini.
“Tak nak pergi tengok keadaan di dalam?.” Haji Rusdi bertanya dengan perasaan kosong.
“Entahlah, abah.”
Kepalanya terangguk-angguk. Dia faham. Malah mengerti benar. Kalau dia sebagai abah merasa kecewa dan terkilan, apalagi Khusyairi sebagai suami?
“Dalam hidup ni memang dugaan akan muncul dengan pelbagai cara, berkali-kali sampai ada masanya manusia jadi teramat lemah nak terus bertarung, bersabar menghadapinya.”
Pandangan Khusyairi jatuh ke lantai semula. Sebolehnya dia tidak mahu membicarakan perkara ini sekarang. Dia cuma mahu bersendirian. Mahu menenangkan perasaannya terlebih dahulu.
“Ri tahukan mengapa Dia perturunkan semua ni? Apa tujuanNya?.”
Dia cuma mampu menganggukkan kepala. Kalaulah bisa dia mempersilakan orang tua berhati murni di sisinya ini meninggalkannya sebentar…
“Kadang-kadang, ada benda yang kita rasa tak layak terkena pada kita. Kita dah cukup solat, jaga ibadah tapi tetap diuji.”
“Ya, bah.”
Kedua belah tangannya singgah ke bahu Khusyairi. Sedikit senyuman terukir mesra di bibir tuanya. Manusia bila ditimpa ujian, lemahnya mengalahkan orang yang berbulan tidak menjamah rezeki. Dia faham.
“Itu semua ujian, Ri. Jangan kata Ri, abah dengan mak kamu dulu pun bukannya semudah ini kami dapat kekalkan perkahwinan kami. Banyak sangat dugaannya. Cuma sabar atau tidak yang akan jadi penentu.”
“Tapi abah dengan mak lain…”
Dengusan Khusyairi memancing ketawa kecilnya. Sungguh indahnya hidup tetapi pahitnya adalah saat ujian datang menimpa. Gula di depan mata, hempedu di seberang lautan juga yang mahu dicapai.
“Tak ada yang lainnya, nak. Mak dan abah pun pernah muda. Malah mak dengan abah juga bernikah sebab orang tua. Awal-awal dulu, hampir-hampir kami berpisah disebabkan abah buat salah.”
Pandangan Khusyairi dikalih pantas. Haji Rusdi yang dibesarkan oleh seorang lelaki beragama sepertinya juga hampir pernah berpisah dengan emak?
“Masalah, macam-macam bentuknya. Kadang-kadang ada yang tak terduga.”
“Entahlah, abah. Saya rasa saya dah tak mampu nak teruskan semuanya.”
“Seperti yang abah kata tadi, bila berdepan dengan masalah, hanya sabar atau tidak yang akan menentukan apa yang akan terjadi.”
Sabar? Senyuman kecilnya muncul lambat. Jangan berbicara soal kesabaran dengannya kerana sehingga ke hari ini cuma kesabaranlah yang menjadikannya kuat untuk meneruskan hidup.
“Mungkin abah kuat, abah sabar tapi saya tidak.”
Haji Rusdi menarik perlahan tubuh Khusyairi. Anak muda itu dipaksanya memandang ke arahnya.
“Ri dah tak sanggup nak terus bersabar?.”
“Mungkin ini yang terbaik untuk kami, abah. Mishah pun..”
Ya, Amishah anaknya bersalah…mungkin itu yang akan diperkatakan Khusyairi sebenarnya.
“Abah harap Ri boleh fikirkan dalam-dalam benda ni. Jangan buat keputusan melulu. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Fikirkan anak dalam kandungan Mishah. Berbincanglah dulu antara hati ke hati. Dapatkan penjelasan.”
“Saya dah letih, bah.”

Friday, August 13, 2010

Mr & Mrs BFF 44

salam ramadhan..tahniah dan syukur untuk yang masih dapat berpuasa..bukan rezeki aku nampaknya, beberapa minit nak masuk waktu berbuka tadi, tup tup tengok dah 'bocor' lah pulak, bukan rezeki, apa boleh buat...


Lima pasang mata tertegun memandang ke arah yang sama. Lima pasang kaki terhenti melangkah. Lima jantung hampir berhenti berdegup namun hanya satu yang benar-benar terhenti. Tubuhnya tumbang ke lantai sebelum sempat ditahan sesiapa.

“Mishah!.”

Jeritan pelbagai suara bergema serentak. Suasana tiba-tiba menjadi cemas.

Haji Rusdi meraih tubuh anak bongsu kesayangannya. Lekas dia mendakap sebelum meminta bantuan Mak Biah mengangkat sama. Latiff sudah terburu mendapatkan seorang doktor.

“Mishah…sayang…” khusyairi menggagahkan diri bangun menghampiri tubuh Amishah yang sudah lemah terkulai di atas lantai. Sama sekali tidak dihiraukan pandangan marah Mak Biah dan Kamariah.

“Jangan datang dekat, Ri. Mak tak boleh tengok muka Ri sekarang.” Amarah Kamariah tidak lagi terselindung.

“Mak..”

“Pergi, Ri. Jangan sampai mak menjerit dekat sini.”

Tubuh Khusyairi disisihkan walau bukan dengan kerelaan. Dia sayangkan anaknya tetapi luka hatinya saat ini sebagai emak terlalu dalam. Malu pada Amishah. Pada kedua orang besannya yang sangat dia hormati.

“Ayah..” panggilnya. Antara berani dengan takut.

Haji Rusdi mengangkat kepala sedikit tinggi daripada menekur memandang lantai. Surah yaasin di dalam tangan segera dimasukkan ke dalam kocek.

“Khusyairi.”

“Ya, abah. Boleh Ri duduk di sini?.”

Sedikit senyuman lelaki tua itu sudah cukup melegakannya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu yang tersedia. Tadi dia sudah mendapatkan kebenaran doktor untuk keluar sebentar walau diarahkan segera kembali berehat di dalam bilik.

Kecederaannya sendiri masih belum sembuh sepenuhnya. Cuma dia hairan entah kuasa apa yang membuatnya menggagahkan diri bangun meninggalkan katil sebentar tadi dalam keadaan dirinya masih lemah.

“Doktor tak marah kamu keluar ni? Luka kamu macam mana?.” Haji Rusdi prihatin bertanya. Pandangan matanya singgah ke tubuh Khusyairi yang berbalut.

“Saya minta izin, abah.”

“Jangan menyeksa diri kalau tak mampu, Ri. Apa-apa berlaku lepas ni, abah tak pasti kalau abah mampu jaga kamu.” Keluh Haji Rusdi.

Bukan maksudnya hendak membiarkan anak menantu sulungnya ini cuma dia tidak pasti bagaimana penerimaan isteri dan anaknya terhadap Khusyairi saat ini. Selepas kejadian itu tadi.

“Abah..” tangan tua Haji Rusdi disentuh perlahan.

Senyuman Haji Rusdi nampak kelat dan tawar. “Abah tak paksa kamu bercerita tentang apa yang berlaku tadi. Abah tak berhak untuk tahu.”

Khusyairi mengangguk akur. Walau Haji Rusdi seolah tidak berkeinginan untuk meminta dia membuat penerangan namun dia yakin lelaki tua inilah paling sesuai untuknya bercerita.

Bukan emaknya. Bukan ayahnya. Dan sudah pasti bukan emak mertuanya.

“Ri minta maaf pada abah sebab lukakan hati semua orang. Mak, anak abah. Ri berdosa.”

Kata-kata itu mengundang senyuman yang paling sukar ditafsirkan maksudnya oleh Khusyairi. Haji Rusdi tiba-tiba mendaratkan tangan kanannya ke atas bahu Khusyairi.

“Tak perlu rasa berdosa sesama manusia, Ri. Rasa berdosa tu cuma layak kita rasakan bila kita melanggar perintahNya. Lagipun abah tak nak buat kesimpulan melulu. Kadang-kadang apa yang kita lihat melalui mata kita tidak semestinya benar.”

“Sebab itu Ri nak bercakap dengan abah. Ri tahu abah lebih memahami.”

“Teruskan, Ri. Abah dengar.”

Anggukan Khusyairi pantas dan padu. Tidak salah dia memilih untuk berbicara lelaki ini.

“Sebelum tu, Ri nak berterus-terang dengan abah. Berkenaan dengan perkahwinan Ri dengan Mishah. “

“Teruskan..”

“Sebenarnya abah, sebelum Ri berkahwin dengan Mishah, Ri ada…”

“Abang!.”

Kepala keduanya serentak mendongak. Mak Biah memandang cemas wajah Haji Rusdi yang masih berdiam diri.

“Kenapa, mak?.”

Mak Biah kekal mendiamkan diri. Fokus pandangannya hanya pada Haji Rusdi, membiarkan terus Khusyairi seolah tidak wujud di hadapan matanya. Marahnya pada suami Amishah masih membara. Masih mengisi ruang dada tuanya.

“Kenapa, Biah?.”

“Cepat, abang. tolong panggilkan doktor. Anak kita.”

“Kenapa dengan Amishah, emaknya?.”

“Dia berdarah.”


Thursday, August 12, 2010

SKSI & bahasa kenegerian

Salam ramadhan..lemah ye pose? Hihi..oklah tu dapat tahan lapar, dahaga n nafsu..haha..oh ya, baca tajuk macam serius aje perbincangannya ye? Hihi..Hurm..speaking of SKSI, ada agi tak yang masih ingat cite tu? Ingat tak sapa watak2 dia? sapa tau, angkat tangan tinggi2..Haha..sedihnya kalau ada yg dah lupa..untuk yg masih ingat,tepuklah kuat-kuat..cikgu suuuka korang...tepuk..tepuk..haha..sebenarnya kan, setelah sekian lama ( dasar Cik Siti yg tak tahu nak sabar..)..tadi Cik Nadia dr Kaki Novel called..tengah2 aku tidur sebab dah lemah..haha..terkejut beruk dengar phone bunyi terus angkat bila recognize number office diorang..dia cakap macam2, perkenalkan diri and sebagainya, dalam keadaan aku mamai dan suara baru bangun ( suara halus, lemah dan menggoda...haha), aku tak dengar sangat pon apa dia cakap..Hihi,sorry cik nadia..aku kira2 dah beberapa kali diorang call, aku mesti tengah tidur..hihi,naik menyampah kot kak jazlina dengan cik nadia..hurmm..cik nadia tu minta beberapa benda untuk novel manja kesayangan aku tu n tanya beberapa perkara. Aku yang mamai ni pon tak berapa nak paham, tanyalah semula. Tup tup, cik nadia pon tak paham rupanya..apa yang dia tak paham? cakap2 akulah..Haih, inilah susahnya kalau orang sabah pure macam aku bercakap dengan orang semenanjung nun..Haha.macam itik berbincang dengan kucing..yelah, aku cakap sabah betul..haha..orng semenanjung tak biasa dengar 'a' dekat hujung perkataan..biasa dengar 'e' aje kan? Hihi..bila aku cakap, "Bukan saya sudah kirimkah itu?." . Cik nadia akan ulang lepas beberapa saat, dengan nada blur,,"Err..apa dia, kak?.". haha..gitulah sampai akhir perbualan..kesian kan? aku bukan apa, seganlah nak cakap macam org sana..tak pandai..keras lidah ni..hihi..haih, macam manalah nak kawen ngan Cik Sufian kalau gini gayanya yer? Haha...diaaaa lagii....nyampah..haha.

Tuesday, August 10, 2010

Mr & Mrs BFF 43

Salam ramadhan pada yang muslim...oh ya, di bulan mulia ni, rasanya xde kot n3 mengada or seangkatan dengannya..hihi..insyaallah cuma akan ada story besa2 jer..sukalah kan? Hihi..Yelah, sebagai menghormati bulan mulia ni..Puasa esok sekali dengan kesabaran dan ketakwaan yer...moga sama2 beroleh keberkatanNya..Amiiin..


“Sayang.”

Tiada kucupan di dahi atau di tangannya namun bisikan halus itu sudah cukup membuatnya bersegera membuka mata. Sekujur tubuh dibalut blaus singkat berdiri santai dengan senyuman mekar di bibir.

Nafasnya sudah mula terasa sesak sendiri malah semakin sesak saat disedarinya dia ditinggalkan bersendirian di dalam bilik ini. Ke mana emak?

“Syairi..you dah sedar?.” Suara itu semakin lembut, semakin cuba mahu menggoda.

“Apa you nak ni?.”

“Eh, I datang nak jenguk you lah. Tanya lagi.” Nuraina senyum simpul. Tangannya baru mahu mendarat ke tubuh Khusyairi namun ditariknya semula melihat renungan marah Khusyairi.

Jual mahal!

“Aku tak perlukan kau dekat sini, Nuraina. Aku rasa lebih baik kau balik ajelah.”

Senyuman Nuraina tidak sedikit pun meluntur. “Sayang, you tak ada saudara-mara tahu dekat sini. Jadi janganlah sombong sangat bila I dah sudi datang ni.”

“Ad..”

Ada? Astaghfirullah…syukurlah lidahnya belum habis meluncurkan kata-kata. Ya Allah..Amishah..isterinya itu dan Nuraina tidak boleh bertemu..HARAM!

Haram bukan kerana hukum-hakam digariskan agama tetapi atas syarat yang satu itu. Amishah tidak boleh kecewa. Dia pasti akan terus merajuk malah tak mustahil kalau dia terus menempah tiket kembali ke Pahang kalaulah dia tahu akan kewujudan Nuraina di sini.

Dan Nuraina sama sekali tidak boleh tahu kedudukan Amishah…isterinya..kalaulah itu berlaku, oh Tuhan…dia bisa saja mati dibuatnya..

“I dah dua kali datang. I dah suruh pihak hospital ni call your family tapi I tak nampak langsung pun.” Selanya selamba. Punggungnya didaratkan ke sisi tilam. Terus membiarkan Khusyairi diamuk resah memandangnya.

“Pergi baliklah, Nuraina..aku tak nak tengok muka kau lagi dekat sini.”

“Eh, janganlah berlagak sangat!.”

Nafasnya dihela kasar. Kalau sekarang adalah waktu melawat, maksudnya dalam bila-bila masa sahaja keluarganya akan muncul. Amishah. Dia sama sekali tidak rela membiarkan Amishah melihat keadaan dirinya bersama Nuraina kini.

“Please, Nuraina. Aku lebih selesa duduk seorang.” Dengan Nuraina memang tidak boleh berlembut selalu kerana dia tahu wanita ini belitnya lebih daripada ular.

Nuraina mengecilkan anak mata. Anehnya sikap Khusyairi. Dia tahu lelaki ini memang tidak berminat kepadanya tetapi selama ini dia masih boleh mendapatkan sedikit masa dan perhatian Khusyairi dengan kedudukannya.

Lupakah Khusyairi dia masih mencari makan dengan menjadi pekerja Datuk Rahman? Papanya?

“Please, Nuraina..” khusyairi merayu terus. Matanya bersilih ganti memandang ke pintu dan ke wajah Nuraina yang masam mencuka.

“Kenapa dengan you ni sombong sangat hah?.”

“Kalau itu boleh halau kau keluar, aku mengaku aku sombong. Jadi pergilah sekarang, Nuraina.”

Duduknya langsung tidak berganjak. Kalaulah bukan kerana simpati, hendak saja dicederakannya mulut Khusyairi. Mulut yang begitu tajam dan sinis. Betul-betul tidak mengenang budi.


Popular Posts