Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, January 31, 2009

an andalusia's story 9

Ah, malunya aku dia nampak aku tidur tadi. Kalau tidur elok-elok tu tak mengapalah. Ini aku selamba aje tidur terbongkang kat sofa dengan kaki berkangkang. Aduh, tak sopannya aku…
Dia ni pula tak reti agaknya nak berhenti mengejek orang. Asal nampak aku, senyum. Nampak aje, senyum. Bukan dia aje, malah nenek pun ikut sekongkol dengan Adib dan Rania.
Rania lah yang gatal sangat mulut cerita kat nenek pasal kes petang tadi tu. Hish…geramnya.


“Liya, jom makan malam. Nenek tahu liya laparkan?.”
“Tak nak lah saya makan.”
“Lah, kenapa pula? Lagipun kan Armand ada tu. Dia tetamu liya, kenalah layan.”
“Sebab dia adalah, saya tak ingin nak makan.”
“Tak baik macam ni. Tetamu kena dihormati.”
“Dia pun tak hormatkan saya, nek. Ketawakan orang tu, tak hormatlah tu.”
“Liya merajuk ke?.”
“Huh, tak kuasa saya nak merajuk. Kalau kena pujuk tu tak apalah juga.”



Ya Allah, perut aku ni pun satu. Tak tahu nak bekerjasama langsung. Orang nak merajuk pun susah.
Harap-harap ada lagilah lauk diorang makan tadi. Asam pedas ikan pari pula tu. Huih, rugi juga kalau tak merasa. Nenek kalau memasak, memang tak boleh lawan punya.
Eh? Baru aku nak buka pintu, tiba-tiba pula ada dulang. Penuh dengan makanan. Siapa yang letak ni? Nenek kot.
Aku tengok sekeliling tak ada sesiapa jadi tangan ni panjang aje menjangkau tapi belum pun sempat aku nak menarik dulangnya, tiba-tiba aje ada tangan yang menggenggam tangan ni.
“Hai, lapar ke?.”
Dia? Cis, tak habis-habis nak malukan orang.
“Lapar?.” Nadanya berubah ikhlas.
Walaupun malu, aku tetap angguk. Lama kami bertentang mata. Dia senyum. Kenapa?
“Lucu sangat ke kalau saya lapar pun?.”
“Lucu? Siapa cakap lucu?.”
“Dah tu yang bos senyum-senyum tu kenapa? Gila?.”
Bertambah kuat dia ketawa. “Berkemungkinan akan gila tapi tergila-gilakan PA saya ni.”
“Mulalah nak merapu tu. Memang nyanyuk.”
“Ok, saya tak nak senyum lagi. Jom saya teman awak makan. Makan sorang-sorang ni tak best.”
Anehnya, aku ikut aje dia ke dapur. Dia layan aku macam puteri. Panaskan lauk, hidangkan makanan, sendukkan nasi, tuangkan air suam, siramkan tangan. Semuanya dia yang buat.
“Eh, kenapa ada dua pinggan?.”
“Nak satu aje ke?.”
Aku yang tak mengerti apa-apa ni angguk saja. Dah aku aje yang nak makan. Takkan sampai dua pinggan kot.
“Ok, jom makan.”
“Tapi kenapa letak nasi macam bukit ni? Tak habis karang, hah membazir lagi.”
“Apa nak membazir pula. Saya makan separuh, awak makan separuh.”
“What? Bos lapar lagi ke? Besarnya perut.”
“Siapa cakap saya lapar lagi? Memang saya lapar sejak dari KL lagi. Ingat nak makan dengan awak tadi tapi…”
“Lah, bos tunggu saya ke? Kesiannya.”
Dia angguk. Memang aku menyesal. Manalah aku tahu dia nak makan dengan aku juga. Perlahan-lahan aku mula menyuap. Dia turut menyuap. Dia tengok aku, aku tengok dia dan akhirnya kami makan sambil ketawa.
Aku betul-betul terlupa yang kami makan sepinggan. Sekali lagi. Dia cubit ikan, aku ambil sayur. Beberapa kali pula dicecahkannya isi ikan ke dalam kuah sebelum aku akan cepat-cepat merebut.
Aku juga terlupa hakikat aku melayaninya dengan mesra tanpa ada tudung di kepala sampailah sebelum aku masuk ke bilik, dia berbisik memuji kecantikan rambutku.

“Bos.”
“Apa?.”
Aku tengok dia syok sangat tolong nenek angkut beberapa tandan pisang dari kebun ke rumah. Adib pula awal-awal dah book dia nak ajak pergi memancing kat sungai.
“Bos.”
“Kenapa dengan liya ni?.”
Aduh….
“Bos, dah dua hari bos kat sini. Tak nak balik ke? Kerja office dah tak ingat?.”
Dia ketawa kecil. Sebelum sempat aku mengelak, dia dah capai hujung tudung aku dan lapkan kat muka dia yang berpeluh-peluh. Biadabnya.
“Awak balik KL esok kan?.”
Cepat-cepatnya aku mengangguk. Bodoh. Esok kan hari jumaat. Aku akan sambung cuti di kampung ni dengan nenek. Hari ahad nanti barulah kami balik semula ke Kuala Lumpur.
“Awak balik esok, so saya pun esoklah baru balik.”
“Baliklah petang ni. Tak eloklah orang kampung tengok bos lama-lama kat sini. Saya ni anak dara lagi tau.”
“Lah, saya bukannya nak buat apa-apa. Setakat nak biasakan diri aje.”
Biasakan diri apa pula? Syarikat nak buat projek kat kampung ke nanti? Tapi kalau ya pun, bukannya dia kena bergelumang dengan lumpur dan peluh macam sekarang.
“Biasakan diri untuk apa?.”
“Eh, saya kan nak tinggal kat sini nanti.”
“Maksud bos?.”
“Iyelah, nak balik juga kampung sebelah isteri sekali-sekala.”
“Bos nak kahwin dengan siapa kat kampung ni? Takkan baru dua hari kat sini dah jumpa calon kot.”
“Cinta kan buta.”
“Hah? Mana ada cinta tu buta. Kalau buta, tak adalah orang yang bercinta. Iyelah, tak nampak apa-apa…siapa-siapa.”
Pecah ketawanya. Nasib baiklah nenek masih di kebun.

6 comments:

  1. hahaha...
    org first yg kmen..hihi
    akhirnya de gak nm bos dia..
    emmm...armand...sweet tul lah nm 2..
    baik tul lah bos liya nie...
    cam lyan istri je..huhu
    armand fall in love ngan liya ek???
    loving couple tul lah diaorg nie...:)

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    sweet jer diorg dua ni...
    yg liya tu lak, mcm xphm jer...

    dear pnulis, cpt2 smbung ek...

    keep up da gud work ya....

    ~rina~

    ReplyDelete
  3. punya lama cite br skang kuar nama bos dye...
    hahaha.. liya nie jual mahal la...hahaha... best r cite nie gelak besar sy dpn laptop nie... cpat r kak sambung... muadz

    ReplyDelete
  4. best mmg best...
    tp pelik ckit ar...
    cmne c bos tu leh dtg kat kmpg tu...
    nenek tu x pelik ker????
    x marah ker????
    xkn la moden sgt smpai x jge nilai2 islam kot...

    ReplyDelete
  5. cpt2lh smbg..dh xsbar nak tau kish slanjutnye........

    ReplyDelete
  6. Alahai! Blurnta so aliyah Ni. Bos sikit punya terang bagi hint, masih tak faham.

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts